Berita Harian

2 kampung di Raub dilanda bah

Tiga PPS dibuka tempatkan 45 keluarga, 153 mangsa banjir

- Oleh Amir Hamzah Nordin bhnews@bh.com.my Malaysia · Network Ten · Raub · Machang

Dua kampung dilanda banjir menyebabka­n tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dengan menempatka­n 45 keluarga dan 153 mangsa sejak jam 3.45 pagi semalam.

Dua kampung yang terbabit ialah Kampung Tok Machang dan Kampung Ulu Gali dekat sini. Jumlah mangsa semakin bertambah menjelang petang.

PPS Kg Tok Machang menempatka­n 12 keluarga dan 33 mangsa dan PPS Kg Ulu Gali menempatka­n dua keluarga dan lapan mangsa.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub melaporkan, Angkatan

Pertahanan Awam Malaysia (APM) Raub telah memindahka­n mangsa ke PPS dan mengambil maklumat mangsa yang terlibat.

Seorang orang kurang upaya (OKU) lelaki berusia 75 tahun dan warga emas wanita berusia 70 tahun berjaya dibawa keluar dari rumah masing-masing dan dihantar ke PPS jam 6.30 pagi.

“Mangsa OKU yang kudung kakinya dari Kampung Ulu Gali dihantar ke PPS Kemas Ulu Galipada jam 1 tengah hari.

“Manakala mangsa warga emas yang tinggal di kampung sama dipindahka­n ke PPS yang sama pada jam 1.45 tengah hari,” katanya.

Mangsa meningkat

Sementara itu, sehingga jam 3 petang semalam, PPS Dewan Orang Ramai Tok Machang menempatka­n 26 keluarga dan 95 mangsa meningkat daripada 23 keluarga dan 89 mangsa.

PPS Dewan Orang Ramai Ulu Gali pula turut menunjukka­n peningkata­n daripada dua keluarga dan 10 mangsa kepada lapan keluarga dan 26 mangsa.

PPS Kemas Ulu Gali Tengah yang turut dibuka untuk menunjukka­n peningkata­n dengan menempatka­n 11 keluarga dan 33 mangsa daripada lapan keluarga, 26 mangsa daripada laporan pada jam 12.00 tengah hari.

Jumlah keseluruha­n 45 keluarga dan 153 mangsa dilaporkan. Anggota APM Raub terus membantu memindahka­n penduduk terjejas ke PPS sejak awal pagi tadi.

 ?? (Foto Balai Bomba Dan Penyelamat Raub) ?? Anggota bomba melakukan operasi memindah mangsa banjir kilat di Kampung Gali Tengah.
(Foto Balai Bomba Dan Penyelamat Raub) Anggota bomba melakukan operasi memindah mangsa banjir kilat di Kampung Gali Tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia