Berita Harian

Kesilapan manusia burukkan lagi keadaan banjir di Bintulu

Kecacatan sistem perparitan antara punca menyumbang bencana bah terburuk

- Oleh Mohd Roji Kawi mdroji@bh.com.my Disasters · Tiong King Sing

Pihak berkuasa harus meneliti kemungkina­n faktor kesilapan manusia yang memburukka­n lagi keadaan banjir di Bintulu.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata banjir yang berlaku sejak kelmarin adalah yang terburuk pernah melanda bandar gas asli itu.

King Sing berkata, walaupun ada pihak mengaitkan bencana banjir itu sebagai punca semula jadi, beliau percaya ada faktor lain yang menyumbang berlaku bencana itu.

“Isu seperti kecacatan dalam sistem perparitan di Bintulu menghalang Sungai Sibiew daripada mengalirka­n air berlebihan secara berkesan, menyebabka­n lonjakan paras sungai dengan cepat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata demikian dalam kenyataan di laman Facebookny­a, semalam.

King Sing berkata, kawasan

yang paling teruk terjejas adalah sekitar Sungai Sibiew, yang sudah lama tidak diselengga­ra.

Banjir jadi amaran

Beliau berkata projek mendalamka­n dasar Sungai Sibiew sudah dicadangka­n sejak hampir lima tahun, namun ia tidak dilaksanak­an hingga kini.

“Banjir terburuk ini sepatutnya menjadi amaran segera bahawa agensi berkaitan mesti bertanggun­gjawab.

“Saya berulang kali menegaskan bahawa sungai itu mesti mempunyai kedalaman sekurang-kurangnya tiga hingga lima meter dan melebar hingga 100 meter bagi menampung taburan hujan yang semakin meningkat akibat perubahan iklim,” katanya.

Selain Sungai Sibiew katanya, dasar Sungai Kemena yang menghubung­kan terus ke laut juga perlu dikorek.

“Saya akan sekali lagi menekankan keperluan untuk mendalamka­n dan melebarkan kedua-dua sungai itu semasa mesyuarat di Pejabat Residen Bahagian Bintulu pada 10 Februari nanti,” katanya.

Selain itu katanya, beliau akan mencadangk­an untuk menghentik­an pembinaan jambatan yang menghubung­kan Taman Jason dan Taman Kemena Sutera bagi mengelakka­n gangguan pada kerja-kerja dasar sungai.

Malah, beliau turut menggesa agar penempatan semula penduduk setinggan di sepanjang kedua-dua tebing sungai perlu disegeraka­n bagi memudahkan kerja mendalamka­n dan meluaskan sungai itu.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Pemandanga­n dari udara dirakam Unit Dron Angkatan Pertahanan Awam Sarawak menunjukka­n kawasan yang ditenggela­mi banjir di Bintulu.
(Foto BERNAMA) Pemandanga­n dari udara dirakam Unit Dron Angkatan Pertahanan Awam Sarawak menunjukka­n kawasan yang ditenggela­mi banjir di Bintulu.
 ?? (Foto FB Datuk Seri Tiong King Sing) ?? King Sing membantu mangsa banjir yang naik ke bumbung rumah untuk berpindah ke pusat pemindahan.
(Foto FB Datuk Seri Tiong King Sing) King Sing membantu mangsa banjir yang naik ke bumbung rumah untuk berpindah ke pusat pemindahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia