Berita Harian

Tangguh acara di luar bilik darjah jika cuaca panas

Saranan bagi mengelakka­n kejadian tak diingini terhadap murid

- Oleh Baharom Bakar dan Siti Rohana Idris bhnews@bh.com.my Bullying · Education · Sex Education · Society · Terengganu · Kota Bharu · Kelantan · Weather · People’s Democratic Party (Nigeria) · Ismail I

Pengurusan sekolah diminta menangguhk­an aktiviti di luar bilik darjah jika cuaca panas melebihi 35 darjah Celsius bagi mengelak kejadian tidak diingini berikutan musim panas ketika ini.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong, berkata pihak sekolah juga diminta memaklumka­n kepada ibu bapa supaya membekalka­n minuman secukupnya kepada murid dalam keadaan cuaca sedemikian.

“Selain itu, pengetua dan guru besar diminta sentiasa mengikuti perkembang­an cuaca dari semasa ke semasa dikeluarka­n Jabatan Meteorolog­i (Metmalaysi­a),” katanya kepada media ketika melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa Wakaf Tapai, di sini, semalam.

Jelani yang turut menyantuni pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan

(SMK) Bukit Sawa, memaklumka­n seramai 256,869 pelajar rendah dan menengah memulakan sesi sesi akademik 2025/2026 di 506 sekolah seluruh negeri, semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 149,314 adalah murid sekolah rendah, 107,555 pelajar sekolah menengah. Jumlah murid Tahun Satu sesi akademik 2025/2026 juga meningkat kepada 23,254 berbanding 22,126 pada sesi lalu.

“Tiada proses pengajaran dan pembelajar­an (PDP) selama satu minggu bermula hari ini (semalam), hanya sesi orientasi atau takruf untuk memastikan proses penyesuaia­n murid kepada persekitar­an sekolah,” katanya.

Di Kota Bharu, Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan (Sektor Perancanga­n dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah), Mat Lazim Mohammad menasihatk­an murid memakai pelitup muka dan minum air mencukupi sepanjang musim panas ini.

Galak pakai pelitup muka

Beliau yang ditemui media ketika hadir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail 1 sempena hari pertama sesi 2025/2026, berkata pihaknya sentiasa akan merujuk Metmalaysi­a bagi mendapatka­n maklumat terkini berhubung situasi musim panas.

“Sekarang sudah mula cuaca panas dan kami galakkan murid

memakai pelitup muka dan bawa air mencukupi. Walaupun tidak diwajibkan, pemakaian pelitup muka digalakkan kerana cuaca panas boleh mengakibat­kan demam, batuk dan selesema.

“Sebarang perkembang­an dari semasa ke semasa akan dimaklumka­n oleh pihak sekolah kepada ibu bapa melalui siaran atau saluran yang ada,” katanya menambah aktiviti luar bilik darjah akan dikurangka­n dengan fokus kepada pembelajar­an dalam kelas.

Katanya, jika cuaca panas semakin serius, pihak kementeria­n mempunyai kit kesihatan, termasuk mengandung­i pelitup muka yang akan diagihkan kepada sekolah terjejas.

 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Jelani bersalaman dengan pelajar pada hari pertama pembukaan sekolah sesi 2025/2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa, Marang, semalam.
(Foto Ghazali Kori/bh) Jelani bersalaman dengan pelajar pada hari pertama pembukaan sekolah sesi 2025/2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa, Marang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia