Harian Metro

Kerajaan pertimbang pembenihan awan alternatif padam kebakaran ladang kelapa

- Disasters · Fires · Kuantan · Nik Nazmi Nik Ahmad · Malaysia · Pahang

Kerajaan akan mempertimb­angkan cadangan Operasi Pembenihan Awan (OPA) sebagai antara alternatif dalam usaha memadamkan kebakaran ladang kelapa di Jalan Pintasan Kuantan-Sungai Ular di sini yang berlarutan sejak 22 Februari lepas.

Menteri Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata bagaimanap­un usaha itu bergantung kepada keperluan dan cuaca selain perlu berbincang terlebih dahulu dengan Jabatan Meteorolog­i Malaysia (METMalaysi­a) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya pelaksanaa­n tidak boleh dilakukan secara tiba-tiba kerana ia memerlukan penelitian sama ada awan itu sesuai untuk proses pembenihan.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat dan melakukan tinjauan di lokasi kebakaran di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan

dan Penyelamat JBPM Nordin Pauzi dan Pengarah JBPM Pahang Mohd Razam Taja Rahim.

Nik Nazmi berkata sejak 22 Februari lepas, kebakaran tanah gambut itu telah memusnahka­n sekitar 130

hektar ladang kelapa dan setakat ini seluas 98 hektar berjaya dipadamkan.

Beliau berkata kerajaan sememangny­a memandang serius kebakaran di tanah gambut dan kerana itu, kementeria­nnya telah

memohon untuk tingkatkan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi penyediaan kelengkapa­n serta infrastruk­tur pencegahan kebakaran di lokasi tanah gambut.

 ?? ?? ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Pahang menerbangk­an dron untuk meninjau keadaan semasa ladang kelapa seluas 75.67 hektar di kawasan Balok Baru yang terbakar sejak 22 Februari lalu.
ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Pahang menerbangk­an dron untuk meninjau keadaan semasa ladang kelapa seluas 75.67 hektar di kawasan Balok Baru yang terbakar sejak 22 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia