Harian Metro

Cecah 40 darjah Celsius!

MKN keluar amaran gelombang haba tahap dua di daerah Pokok Sena

- Oleh Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my Weather · UN Security Council · Langkawi · Malaysia · Muhammad · National Security Council · Baling · Pendang · Padang Terap

Majlis Keselamata­n Negara (MKN) mengeluark­an amaran gelombang haba tahap dua di daerah Pokok Sena dengan meramalkan suhu boleh mencecah 40 darjah Celsius.

Selain itu, enam daerah lain termasuk Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Star, dan Langkawi, sudah menerima amaran tahap satu, dengan suhu dijangka mencecah maksimum 37 darjah Celsius semalam.

Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) melaporkan suhu pada waktu siang hari di Pokok Sena boleh turun naik antara 37 darjah hingga 40 darjah Celsius dalam tempoh tiga hari akan datang.

“Bagi Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Star dan

Langkawi pula suhu diramalkan antara 35 darjah hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh yang sama,” katanya. Sementara itu, Pengarah MetMalaysi­a negeri, Muhammad Khalil Abd Aziz menasihatk­an penduduk di negeri ini supaya berhati-hati ketika cuaca panas melampau.

Beliau menasihatk­an supaya mengehadka­n aktiviti luar bagi mengelakka­n terkena cuaca panas.

“Jika anda perlu keluar, pilih pakaian berwarna terang, pakai topi dan gunakan payung.

“Selain itu, jika berada dalam rumah, gunakan pendingin hawa dan kipas angin dan yang paling penting, kekalkan terhidrasi dengan minum banyak air dan meminimumk­an pengambila­n minuman berkafein,” katanya.

 ?? ?? KEADAAN cuaca panas yang melanda daerah Pokok Sena yang diramalkan boleh mencecah suhu 40 darjah Celcius dan enam daerah lain di Alor Setar.
KEADAAN cuaca panas yang melanda daerah Pokok Sena yang diramalkan boleh mencecah suhu 40 darjah Celcius dan enam daerah lain di Alor Setar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia