Berita Harian

PBAPP mula lepaskan air simpanan dari empangan

LRA Sungai Dua kekal beri khidmat baik di seluruh Pulau Pinang

- Disasters · Ecology · Penang · Bukit Mertajam · Seberang Perai

Bukit Mertajam: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melepaskan air dari Empangan Mengkuang Diperbesar­kan (EMD), di sini, bagi mengekalka­n perkhidmat­an bekalan air yang baik di seluruh negeri ini susulan penurunan paras Sungai Muda selama empat hari berturut-turut.

Ketua Pegawai Eksekutif

PBAPP, K Pathmanath­an, berkata kapasiti pelepasan maksimum EMD ialah 600 juta liter sehari (JLH) dan PBAPP mula melepaskan purata 41 JLH sejak Sabtu lalu bagi melengkapk­an pengabstra­kan air mentah dari Sungai Muda.

“Paras air Sungai Muda di bahagian Pulau Pinang menurun di bawah 2 meter (m) selama empat hari berturut-turut, manakala aras Empangan Muda (Kedah) dilaporkan 16.6 peratus pada Jumaat lalu.

Berikutan itu, PBAPP mengambil keputusan untuk melepaskan air simpanan EMD.

“Air mentah dari EMD dan Sungai Muda disalurkan ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, iaitu LRA terbesar serta terpenting di negeri ini.

“Air terawat dari LRA itu dipam kepada kira-kira 465,000 pengguna di seluruh Seberang Perai dan Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya di bahagian pulau,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Paras air menurun

Pathmanath­an berkata, pelepasan harian EMD bertujuan memastikan LRA Sungai Dua terus mengeluark­an purata 1,026.59 JLH air terawat.

Katanya, paras Sungai Muda di muka sauk PBAPP di Lahar Tiang, dekat sini, menurun di bawah ‘paras selamat’ 2m.

Katanya, PBAPP telah mengabstra­k purata 1,125.50 JLH air mentah dari Sungai Muda pada minggu lalu berbanding 1,196.13 JLH ketika keadaan normal.

Ketika keadaan normal, Pathmanath­an berkata, lebih 80 peratus air mentah yang diabstrak oleh PBAPP setiap hari datangnya dari Sungai Muda.

“Kapasiti efektif Empangan Muda 160 bilion liter (di Kedah) dilaporkan ialah 25.7 peratus dan ia merupakan satu daripada dua empangan di Kedah yang melepaskan air ke Sungai Muda untuk kegunaan Kedah serta Pulau Pinang, manakala paras dilaporkan bagi Empangan Beris ialah 82.4 peratus pada Khamis lalu dan kapasiti efektif maksimum empangan itu ialah 120 bilion liter,” katanya. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia