Berita Harian

Malaysia berpotensi dilanda gempa kuat, tapi sukar diramal

Metmalaysi­a maklumkan belum ada teknologi mampu jangka kejadian di seluruh dunia

- Oleh Ercy Gracella ercy.gracella@bh.com.my Disasters · Drought · Malaysia · Kuala Lumpur · Sabah · Ranau · Earthquakes · Natural Disasters

Kuala Lumpur: Potensi untuk gempa bumi kuat melanda negara sentiasa ada, namun menurut Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a) kejadian itu sukar diramal.

Ketua Pengarah Metmalaysi­a, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata sehingga kini belum ada lagi teknologi yang mampu meramalkan kejadian gempa bumi di seluruh dunia.

Katanya, secara am kemungkina­n untuk terjadinya gempa bumi kuat sentiasa ada, namun tidak dapat diramal.

“Metmalaysi­a melalui pencerapan stesen seismik yang dipasang di seluruh negara mampu untuk mengesan kejadian gempa bumi dan memberikan maklumat dari segi kekuatan, lokasi dan kedalaman gempa terbabit kepada orang ramai.

“Sabah mempunyai beberapa garis sesar aktif menyebabka­n negeri ini lebih kerap mengalami gempa bumi dengan skala yang lemah kecuali satu skala yang kuat dengan magnitud 6.0 berlaku di Ranau pada 5 Jun 2015 lalu,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas risiko ancaman gempa bumi kepada Malaysia, khususnya di Sabah susulan dua hari berturut-turut negeri itu dilaporkan mengalami gempa bumi, minggu ini.

Isnin lalu, gempa bumi lemah 2.8 magnitud dilaporkan berlaku di Ranau pada 2.56 petang diikuti

kelmarin pada kekuatan 3.1 magnitud pada jam 10.01 pagi.

Kejadian gempa pada 2015

Mengulas lanjut, Mohd Hisham berkata, gempa bumi pada 5 Jun 2015 lalu menyebabka­n kerosakan struktur sekitar Ranau dan kehilangan nyawa pendaki dan malim gunung.

Dalam pada itu, katanya, Metmalaysi­a sentiasa memantau dengan rapi aktiviti gempa bumi yang berlaku dalam negara melalui Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional di ibu pejabat, sepanjang masa.

“Kami akan memaklumka­n sebarang kejadian gempa bumi kepada orang awam,” katanya.

 ?? (Foto fail NSTP) ?? Metmalaysi­a sentiasa memantau dengan rapi aktiviti gempa bumi yang berlaku dalam negara.
(Foto fail NSTP) Metmalaysi­a sentiasa memantau dengan rapi aktiviti gempa bumi yang berlaku dalam negara.
 ?? ?? Mohd Hisham
Mohd Hisham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia