Harian Metro

Pindah sebelum laluan terputus

Wanita bertindak pantas keluar dari rumah dinaiki air supaya anak dapat duduki peperiksaa­n ulangan SPM

- Oleh Omar Ahmad am@hmetro.com.my Kota Tinggi Disasters · Education · South Africa News · Malaysia · Kota Tinggi · Partido Popular Democrático · Sedili

“Saya dan anak segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan bimbang laluan keluar dari kampung ini terputus. Alhamdulil­lah hari ini (semalam) anak saya sempat menduduki peperiksaa­n ulangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi ujian mendengar,” ujar Bakemah Jaiman, 68.

Bakemah dan anak perempuann­ya, Nurul Mariatul Fatiah Azman, 26, berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan Gembut di sini, sejak kelmarin, selepas kediaman mereka ditenggela­mi air sedalam lebih satu meter.

Katanya, kediamanny­a berada di tepi Sungai Gembut di sini, sering ditenggela­mi air ketika banjir. “Anak saya menduduki peperiksaa­n ulangan bagi kertas Bahasa Inggeris sahaja selepas gagal ujian itu ketika di tingkatan lima dahulu. “Anak sepatutnya mengambil peperiksaa­n ulangan itu di sekolah

“Saya ada bot untuk selamat diri berikutan banjir amat teruk di sini Bakemah

di bandar Kota Tinggi. Mujur selepas hubungi pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dia dibenarkan duduki ujian itu di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Jaafar Albar di Tanjung Sedili.

“Terdapat dua lagi calon menjadi mangsa banjir dan sama-sama menduduki peperiksaa­n itu di Tanjung Sedili. Sejak malam kelmarin dia membuat ulang kaji di PPS sahaja,” katanya ketika ditemui di Kampung

Gembut, Tanjung Sedili di sini, semalam.

Menurut Bakemah, bencana banjir sudah sebati dengan hidupnya.

Malah katanya, mereka sekeluarga sering minta dikeluarka­n awal ke PPS berikutan bimbang arus kuat sungai, selain faktor usia.

“Saya ada bot sendiri sebagai persiapan menyelamat­kan diri berikutan banjir amat teruk di sini,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? RUMAH yang dinaiki air di Kampung Gembut, Tanjung Sedili. - Gambar NSTP/OMAR AHMAD
RUMAH yang dinaiki air di Kampung Gembut, Tanjung Sedili. - Gambar NSTP/OMAR AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia