Harian Metro

Hujan tiga jam, tiga kampung dilanda banjir kilat

- Disasters

Baling: Hujan tanpa henti selama tiga jam malam kelmarin menyebabka­n tiga kampung di daerah ini dilanda banjir kilat, awal pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir kilat membabitka­n Kampung Padang Setul, Kampung Kledang dan Kampung Tawar jam 4.34 pagi.

Beliau berkata, banjir menyebabka­n 20 keluarga terjejas selepas kediaman mereka dinaiki air.

“Jumlah itu membabitka­n 40 mangsa, namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

“Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Samsari Ibrahim bersama tujuh anggota melakukan pemantauan di kawasan rumah penduduk yang terjejas,”

Jumlah itu membabitka­n 40 mangsa namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini”

Zulkhairi Mat Tanjil

katanya ketika dihubungi, semalam.

Zulkhairi berkata, bomba menasihatk­an penduduk bersiap sedia berpindah sekiranya hujan berterusan dan kediaman mereka dinaiki air.

Beliau berkata, banjir kilat berlaku akibat limpahan air Sungai Ketil dan sistem perparitan bertakung di kawasan itu.

 ?? ?? ANGGOTA bomba melakukan pemantauan di laluan masuk ke rumah penduduk di sekitar Kampung di Tawar, Baling.
ANGGOTA bomba melakukan pemantauan di laluan masuk ke rumah penduduk di sekitar Kampung di Tawar, Baling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia