Harian Metro

10,000 terjejas, 16 jalan tenggelam

- Kinabalu: Society · Disasters · Network Ten · Sabah · Popular Socialist Party (Brazil) · Partido Popular Democrático

Kira-kira 10,000 penduduk di Pitas di utara Sabah terjejas akibat banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan di daerah itu dengan seramai 213 mangsa dipindahka­n di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 9 malam kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pitas, Asdi@Mohd Faizal Hussin berkata, anggaran setakat itu membabitka­n kampung terkurung, terjejas dan jalan raya tidak dapat dilalui.

Katanya, ia membabitka­n kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pitas dan Dun Bengkoka dengan empat pusat penempatan sementara (PPS) sudah dibuka sehingga kini.

Empat PPS terbabit katanya ialah Dewan Kusilad, Dewan Sekolah Kebangsaan

(SK) Pekan II, SK Salimpodon Darat dan Balai Raya Kampung Lugu.

“Setakat ini, seramai 38 keluarga dengan 106 mangsa membabitka­n 15 lelaki, 36 wanita, 30 kanak-kanak lelaki, 21 kanak kanak perempuan, tiga bayi lelaki dan seorang bayi perempuan ditempatka­n di PPS SK Pekan II.

“Selain itu, 21 keluarga dengan 47 mangsa membabitka­n 10 lelaki dewasa, 24 wanita, lima kanak-kanak lelaki, enam kanak-kanak perempuan serta seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan dipindahka­n di PPS SK Salimpodon Darat.

“Setakat jam 9 malam tadi juga, seramai 21 keluarga

membabitka­n 66 mangsa dipindahka­n di Balai Raya Kampung Lugu, masing-masing 29 lelaki, 25 wanita, masing-masing lima

kanak-kanak lelaki dan perempuan serta dua bayi perempuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Setakat ini, katanya banjir

di daerah itu menyebabka­n 16 jalan tenggelam dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan iaitu Jalan Kampung Manduring Laut,

Jalan Salungkapi­t, Jalan Dandun Seberang, Jalan Bilangau Besar, Jalan Dandun Pusat dan Jalan Dandun Laut.

Selebihnya ialah Jalan Dandun Darat, Jalan Kampung Masin, Jalan Layung, Jalan Rukom, Jalan Sulakalung, Jalan Sinukab, Jalan Pangkalan Kanibongan, Jalan Pandai Mandamai, Jalan Kampung Kusilad dan Jalan Kampung Layang.

Asdi berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pitas turut mengesahka­n dua sekolah terkesan iaitu SK Nibang dan SK Pandai Mandamai.

Katanya, sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang terdiri pelbagai agensi serta jabatan dan sudah diaktifkan 24 jam, atau menerusi talian 088-615655.

 ?? ?? ANGGOTA penyelamat membantu memindahka­n penduduk terjejas banjir di Pitas.
ANGGOTA penyelamat membantu memindahka­n penduduk terjejas banjir di Pitas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia