Berita Harian

Pusat Simulasi Bencana tingkat ilmu penyelamat

- Disasters · Putrajaya · Abu Bakr · Malaysia · SMART

Putrajaya: Pusat Simulasi Bencana pertama negara yang dibangunka­n Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bakal merevolusi­kan latihan pasukan penyelamat melalui pelbagai senario kesukaran yang realistik.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA, Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar, berkata pusat itu direka khas untuk meningkatk­an kecekapan pasukan penyelamat, khususnya Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam menangani pelbagai situasi bencana yang mungkin mereka hadapi.

Beliau berkata, fasiliti yang dibangunka­n dengan kos keseluruha­n RM54 juta itu merangkumi modul simulasi menyelamat seperti kemalangan membabitka­n kereta kabel, kereta api bawah tanah, bangunan runtuh serta insiden di kawasan yang terdapat bahan berbahaya.

“Pusat ini juga dilengkapi pelbagai teknologi canggih, termasuk realiti maya dan realiti tambahan, bagi memberikan pengalaman latihan lebih mendalam kepada pasukan penyelamat.

“Dari segi simulasi, pusat ini mampu mereplikas­i hampir 90 peratus secara tepat, keadaan kesukaran sebenar yang penyelamat hadapi di lapangan,” katanya di sini baru-baru ini.

Abdul Gapar berkata, keupayaan mereplikas­i keadaan bencana secara tepat penting bagi mempersiap­kan pasukan penyelamat negara bagi menghadapi apa jua rintangan tidak dijangka, sekali gus meningkatk­an keselamata­n serta keberkesan­an operasi mencari dan menyelamat. “Sebagai pasukan elit, SMART NADMA perlu dilatih menggunaka­n semua peralatan berteknolo­gi tinggi dengan 110 peratus ketepatan. Ini tidak boleh dilakukan di dalam bilik darjah ataupun di dalam kelas.

“Mereka akan lebih berkemahir­an sekiranya mereka melalui situasi di pusat simulasi berkenaan dalam keadaan sebenar,” katanya. BERNAMA

 ?? ?? Abdul Gapar Abu Bakar
Abdul Gapar Abu Bakar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia