Harian Metro

Sepakat pantau rumah mangsa banjir dipindah ke PPS

- Disasters · people

Bimbang kediaman ditinggalk­an dimasuki pencuri, penduduk kampung sepakat melakukan kawalan serta memantau setiap rumah mangsa banjir yang dipindahka­n ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Langkah itu diambil beberapa penduduk Kampung Baru, Sri Gading, sini, dengan melakukan rondaan berjadual terhadap kediaman mangsa banjir termenung yang melanda beberapa kawasan dalam daerah ini.

Penduduk, Atan Bunawi, 55, berkata, aktiviti rondaan juga dijalankan membabitka­n Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK) serta penduduk yang tidak berpindah ke PPS.

Katanya, walaupun belum ada insiden tidak diingini berlaku, langkah ini bertujuan memastikan kediaman mangsa selamat.

“Kebanyakan penduduk terpaksa tinggalkan rumah masing-masing untuk ke PPS, jadi ada antara mereka buat pemantauan secara sukarela. JPKK pun ada buat, tapi kita akan bantu supaya mereka (mangsa) tidak runsing.

“Ada ketika, penduduk yang berada di PPS akan pulang menjenguk rumah masing-masing, jadi kami bantulah mereka terutama kawasan yang rumah tidak begitu banyak,” katanya ketika ditemui.

Seorang lagi penduduk, Nur Hakim Mohd, 26, berkata, rondaan ini adalah rutin penduduk kampung kerana bimbang berlaku perceroboh­an ke atas rumah mangsa.

Menurutnya, dia bersama ahli keluarga tidak diarahkan berpindah kerana rumahnya tidak teruk digenangi air banjir.

“Kebiasaann­ya, mereka yang tak pindah akan bantu mereka yang kena berpindah (ke PPS).

“Jika ada kenderaan tidak dikenali memasuki kampung, kita akan pantau. Kita di sini tahu kenderaan digunakan penduduk di sini,” katanya.

Dalam pada itu, sehingga jam 11 pagi semalam, seramai 326 mangsa daripada 108 keluarga masih ditempatka­n di PPS, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading, di sini.

Mereka yang dipindahka­n terdiri daripada mangsa dari beberapa kawasan antaranya Kampung Baru, Sri Gading, Parit Bengkok, Parit Sameon dan Parit Kaspan.

 ?? ?? SEBAHAGIAN penduduk Kampung Baru, Sri Gading berkumpul memantau rumah mangsa banjir.
SEBAHAGIAN penduduk Kampung Baru, Sri Gading berkumpul memantau rumah mangsa banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia