Berita Harian

Selangor akan hantar pegawai unit pengurusan bencana ke luar negara

Kerajaan negeri perlu kakitangan berpengala­man untuk siap siaga urus pasca bencana, gempa

- Oleh Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my Disasters · Earthquakes · Natural Disasters · Japan · Kita-ku · Thailand · Myanmar · Indonesia · Kota · Putra Heights

Selangor akan menghantar pegawai unit pengurusan bencana negeri ke negara yang berpengala­man menghadapi serta menguruska­n bencana seperti gempa bumi.

EXCO Pengurusan Bencana Selangor, Mohd Najwan Halimi, berkata antara negara berkenaan ialah Jepun dan Turkiye.

Beliau berkata, pihaknya sedang melihat semula gerak kerja terbabit kerana sebelum ini lebih bertumpu kepada bencana yang lazim berlaku di negara ini seperti banjir dan tanah runtuh.

“Kita tidak meminta ia (gempa bumi) berlaku tetapi kita perlu bersiap siaga.

“Mungkin pada Mei atau Jun depan, kita akan menghantar pegawai sama ada membuat lawatan kerja atau berkursus di negara yang berpengala­man menghadapi serta menguruska­n bencana itu, seperti Jepun dan Turkiye.

“Kita boleh belajar daripada mereka berhubung cara menguruska­n pasca bencana, pasca gempa. Itu antara perancanga­n terkini kerajaan negeri untuk kita melengkapi pegawai pengurusan bencana dengan kemahiran dan gerak kerja baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, di sini, semalam.

Mohd Najwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik berkata, perancanga­n berkenaan turut mengambil kira Thailand dan Myanmar yang dilanda gempa bumi, baru-baru ini.

“Negara ini bukan negara berisiko gempa bumi. Biasanya Indonesia, Jepun tetapi sekarang berlaku di negara lain (Thailand dan Myanmar).

“Oleh itu, kita juga perlu membuat persiapan. Kita akan bersiap

sedia di Selangor,” katanya.

Kerja pembersiha­n diteruskan

Sementara itu, beliau memaklumka­n kerja pembersiha­n di kawasan sekitar kawasan letupan paip gas bawah tanah di Putra

Heights masih diteruskan secara berperingk­at.

“Pembersiha­n di kawasan kejadian masih dilaksanak­an, cuma bukan secara besar-besaran seperti yang kita lakukan minggu lalu. Kita tidak boleh menjalanka­n

kerja pembersiha­n sesuka hati.

“Laporan awal berhubung kejadian itu akan dimaklumka­n Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, selepas mesyuarat pada minggu depan,” katanya.

 ?? (Foto Faiz Anuar/bh) ?? Mohd Najwan menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Kota Anggerik di Shah Alam, semalam.
(Foto Faiz Anuar/bh) Mohd Najwan menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Kota Anggerik di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia