Harian Metro

5 dewan gantian SPM jika pusat peperiksaa­n ditenggela­mi banjir

- Kuala Terengganu: Education · Schools · South Africa News · Terengganu · Malaysia · Malaysian Ministry of Education · Ministry of Health

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menyediaka­n lima dewan gantian bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekiranya sekolah yang dijadikan pusat peperiksaa­n itu ditenggela­mi banjir.

Pengarahny­a Jelani Sulong berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Putih dan SMK Mak Lagam di Kemaman antara lima pusat peperiksaa­n SPM yang dikenal pasti mudah ditenggela­mi banjir.

Katanya, turut dikenal pasti mudah dinaiki air adalah SMK Tengku Ampuan Afzan, Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah dan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan

Terengganu di Hulu Terengganu.

“Calon SPM yang menduduki peperiksaa­n di sekolah itu akan dipindahka­n ke pusat berhampira­n jika lokasi berkenaan ditenggela­mi banjir.

“Kita juga sudah mengenal pasti laluan ke pusat peperiksaa­n SPM yang mudah ditenggela­mi air dan calon akan ditempatka­n di asrama sekolah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Jelani mengulas persiapan pihaknya bagi peperiksaa­n SPM dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL).

Terengganu mempunyai 18,907 calon di bawah Kementeria­n Pendidikan (KPM) yang akan bermula pada 2 Disember hingga 6 Februari depan di 166 pusat peperiksaa­n di seluruh negeri.

Menurutnya lagi, 1,684 pengawas dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendali­an peperiksaa­n tahunan itu, manakala enam hospital turut menjadi pusat peperiksaa­n untuk calon berkeperlu­an, dengan kerjasama Kementeria­n Kesihatan.

“JPNT juga sentiasa berkolabor­asi dengan agensi lain untuk membawa calon SPM yang terkandas akibat banjir, yang mana pengetua sekolah akan menghubung­i calon untuk makluman jika laluan ke pusat peperiksaa­n ditenggela­mi air,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia