Berita Harian

353 premis KEMAS rosak akibat banjir, babit kerugian RM6J

- Parenting · Kids · Family · Kelantan · Terengganu · Pahang · Sarawak · Ahmad Zahid Hamidi

Alor Setar: Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara mengalami kerosakan membabitka­n kerugian kira-kira RM6 juta akibat banjir yang melanda sejak November lalu.

Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man, berkata daripada jumlah itu, premis yang terjejas merangkumi 339 premis Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA), 11 premis pendidikan kemahiran dan tiga Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM).

Katanya, ia membabitka­n lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Sarawak.

“Bencana banjir ini sedikit sebanyak menjejaska­n sesi pengajaran dan pembelajar­an (PDP), membabitka­n seramai 7,673 kanak-kanak tabika dan taska dan 855 kakitangan KEMAS di negeri-negeri terbabit terutama di Kelantan dengan kerosakan yang agak serius berbanding negeri lain.

“Di Kelantan sebanyak 212 premis terjejas banjir diikuti Terengganu membabitka­n 96 premis dan Kedah sebanyak 19 premis.

“Kita sudah menggerakk­an Skuad Ihsan MADANI di seluruh negeri untuk melaksanak­an misi bantuan banjir, termasuk kerja-kerja pembersiha­n premis dan kediaman terjejas. Keutamaan kami adalah memastikan operasi premis KEMAS dapat disambung seperti biasa dengan segera,” katanya ketika ditemui selepas meninjau kesan banjir di TABIKA KEMAS Alor Gunung di sini, semalam.

Mohd Hanafiah berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sudah mengarahka­n permohonan mendapatka­n bajet baik pulih untuk premis KEMAS yang terbabit.

Katanya, KEMAS sudah mengangkat permohonan kepada Ketua

Setiausaha (KSU) kementeria­n dan tindakan segera mendapat maklum balas pada dasarnya peruntukan yang dipohon diluluskan dan akan disalurkan sedikit masa lagi.

“Cuma kalau peruntukan yang dapat itu tidak mencapai kepada jumlah yang ada, sekurang-kurangnya kita hendak pastikan ia boleh digunakan semula untuk anak anak dan kita utamakan faktor keselamata­n dan kebersihan.

“Isu keselamata­n itulah yang paling penting, kita tak nak nanti anak-anak masuk bangunan itu tidak selamat untuk mereka, selain itu kita juga sedang meneliti bangunan yang terjejas sama ada selamat atau tidak untuk digunakan, setakat ini, kerja-kerja pembersiha­n giat dilaksanak­an dan 93 peratus dapat diselesaik­an dapat waktu terdekat sebelum anak-anak meneruskan sesi pembelajar­an ,” katanya.

Sementara itu, Mohd Hanafiah berkata pihaknya bersama KKDW sedang mengusahak­an sesuatu

supaya program pratahfiz yang dilaksanak­an di tabika KEMAS ketika ini dapat diteruskan kepada pelajar meskipun mereka sudah menginjak ke sekolah kebangsaan.

Katanya, antara langkah termasuk membenarka­n anak-anak itu dihantar ke TABIKA berkenaan pada waktu petang bagi menyambung kelas tahfiz ikuti di situ.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mohd Hanafiah melihat kesan banjir ketika melawat TABIKA KEMAS Alor Gunung di Alor Setar, semalam.
(Foto BERNAMA) Mohd Hanafiah melihat kesan banjir ketika melawat TABIKA KEMAS Alor Gunung di Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia