Harian Metro

106 mangsa banjir huni dua PPS

- Weather · Disasters · Kuala Terengganu · Terengganu · Malaysia · Comoros · Terengganu Polygon Cycling Team · Kelantan · Pahang

Kuala Terengganu: Seramai 106 mangsa ditempatka­n di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 12 tengah hari semalam susulan akibat ombak besar dan air pasang yang melanda dua daerah di negeri ini.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) menerusi kenyataann­ya memaklumka­n dua daerah terbabit bencana alam itu adalah Kemaman dan Dungun.

Di Kemaman, seramai 92 mangsa daripada 24 keluarga dari Kampung Geliga Baru ditempatka­n di PPS Balai Raya Kampung Geliga Pantai yang dibuka Jumaat lalu.

Manakala di Dungun, seramai 14 mangsa daripada lima keluarga berteduh di Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka Ahad lalu.

Sementara itu, Jabatan

Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) menerusi kenyataan terkini, memaklumka­n amaran angin kencang dan laut bergelora dengan angin Timur Laut berkelajua­n 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) di kawasan

perairan Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor berlaku hingga 18 Januari.

MetMalaysi­a turut meramalkan ketinggian ombak boleh mencecah hingga 3.5 meter dan berbahaya kepada

bot kecil serta aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan pantai diminta lebih berwaspada dan tidak menghampir­i pantai.

 ?? - Gambar NSTP/ZAID ?? OMBAK menghempas kediaman penduduk yang tinggal di kawasan pantai. SALIM
- Gambar NSTP/ZAID OMBAK menghempas kediaman penduduk yang tinggal di kawasan pantai. SALIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia