Harian Metro

Dua PPS terakhir ditutup

- Disasters · Terengganu

Banjir gelombang ketiga di Terengganu pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup semalam.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Bencana Negeri memaklumka­n PPS Masjid Kampung La dan Dewan Terbuka Kampung Belaoh di Besut ditutup jam 10 pagi.

Menurut sekretaria­t itu, semua 44 mangsa daripada 12 keluarga di dua PPS berkenaan dibenarkan pulang selepas banjir di rumah masing-masing surut dan cuaca kembali cerah semalam.

Bagaimanap­un, penduduk di negeri itu diingatkan supaya tetap dalam keadaan berjaga-jaga dan peka dengan perubahan cuaca susulan musim Monsun Timur Laut belum berakhir.

Banjir gelombang ketiga di Terengganu yang bermula Ahad lalu menyaksika­n lebih 400 mangsa dipindahka­n ke PPS di tiga daerah terkesan iaitu Hulu Terengganu, Besut dan Kemaman.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia