Harian Metro

Tiada lagi episod ke PPS

- Bernama Disasters · Pahang · United Arab Emirates · Muhammad · Al Nahyan · Abu Bakr · Abdullah of Pahang

Setiap kali mendung dan hujan lebat, hatinya pasti berdebar kerana rumah kayu yang didiami sejak 2007 di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Desa Al-Ayubi di Kampung Temai Hulu sering dilanda banjir akibat limpahan Sungai Pahang yang terletak berhampira­n kampung itu.

Keadaan yang berlarutan sejak berbelas tahun itu menyebabka­n Zainumar Abu Bakar, 43, tidak lena tidur malam terutama pada musim tengkujuh, ekoran bimbang jika satu-satunya tempat berteduh itu dihanyutka­n bah tanpa disedari.

Namun, nasib suri rumah itu mula berubah sejak Febuari tahun lalu apabila beliau dan 11 lagi keluarga di PPRT berkenaan menerima hadiah paling bermakna kurniaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di bawah program Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) berupa sebuah rumah batu bernilai RM100,000.

Rumah yang dibina di kampung berkenaan hasil inisiatif Seri Paduka sendiri bersama Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan yang menyediaka­n perumahan yang selesa dengan ciri-ciri keselamata­n dalam menangani musibah banjir di beberapa daerah di negeri Pahang, terutama di kawasan sering dilanda banjir.

“Syukur dan lega kerana tahun ini tiada lagi episod ke pusat pemindahan sementara (PPS). Rumah sebelum ini memang sering dinaiki air, malah pernah sehingga ke paras pinggang selain pernah berdepan ‘banjir termenung’ yang menyebabka­n kami bermalam selama dua minggu di PPS.

“Saya juga takkan lupa pengalaman apabila sekolah yang menjadi PPS tempat kami berteduh turut dilanda banjir sehingga pasukan penyelamat terpaksa memindahka­n kami sekali lagi. Pernah juga berulang-alik ke PPS tiga kali dalam dalam satu musim tengkujuh kerana banjir berulang,” katanya semasa ditemui, baru-baru ini.

Walaupun dilanda kerap banjir

Zainumar, 43, berkata beliau tidak pernah terfikir untuk berpindah atau membina kediaman lebih tinggi disebabkan kurang mampu memandangk­an suaminya Abdul Maulut Musa, 43, hanya bekerja kampung dengan pendapatan harian.

Seorang lagi penerima, Mariani Musa, 56, berkata, kurniaan rumah pada usia ini sangat bermakna kerana tidak lagi perlu bertungkus lumus memerah keringat mengemas barang setiap kali air sungai mula melimpah.

“Hendak beli rumah baru memang tidak pernah terlintas kerana ansuran bulanannya. Hendak dibina sendiri, di tanah mana pula boleh menumpang? Jika tiada rumah ini, memang akan terus tinggal di sana (rumah lama) dan hadap banjir selalu.

“Apabila semakin tua semakin penat rasanya hendak mengemas barang, membersihk­an rumah selepas banjir. Walaupun dibantu anak-anak, namun terasa juga lelah jika setahun sampai beberapa kali perlu berpindah,” katanya.

Mariani yang meniaga barangan runcit secara kecil-kecilan bagi menampung pendapatan suami, Ahmad Ab Hamid, 66, yang bekerja sendiri berkata, beliau pernah mengalami kerugian besar apabila tidak sempat memindahka­n barangan jualannya kerana air naik terlalu cepat.

Mariani juga bersyukur kerana masih ‘ada rezeki’ untuk terus berjiran dengan semua penduduk di PPRT Desa Al-Ayubi kerana beliau merasakan sudah ‘serasi’ dengan kejiranan itu, dengan sikap saling mengambil berat dalam kalangan mereka yang kuat.

“Semuanya saling kenal. Bukan hanya ibu bapa, tapi sampai ke anak cucu kami tahu. Apa-apa berlaku senang untuk saya minta bantuan dan kami juga sudah ‘masak’ dengan sikap semua. Seronok jika kita dapat tinggal di persekitar­an yang kita selesa.

“Kalau ada rezeki, saya harap dapat berjumpa dengan Tuanku Agong (Al-Sultan Abdullah) sebab mahu menjunjung kasih kerana Seri Paduka prihatin dengan nasib kami di sini dan rumah ini merupakan hadiah tidak ternilai dan paling bermakna yang pernah saya terima dalam hidup,” katanya.

 ?? ?? MARIANI (kiri) beramah mesra bersama jirannya, Kalsom Abdullah, 65.
KAWASAN kejiranan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) Kampung Temat Hulu yang menempatka­n 12 keluarga yang sebelumnya tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Desa Al-Ayubi, Pekan.
MARIANI (kiri) beramah mesra bersama jirannya, Kalsom Abdullah, 65. KAWASAN kejiranan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) Kampung Temat Hulu yang menempatka­n 12 keluarga yang sebelumnya tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Desa Al-Ayubi, Pekan.
 ?? ?? AL-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beramah mesra bersama penerima rumah, Zalina Che Ha, 43, (kanan) dan suaminya, Mohd Nazar Ramjan, 43, (dua dari kiri) pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) di Kampung Bentan, Pekan. Turut hadir, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua dari kanan) dan Duta UAE ke Malaysia, Dr Mubarak Saeed Al Dhaheri (kiri). - Gambar fail
AL-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beramah mesra bersama penerima rumah, Zalina Che Ha, 43, (kanan) dan suaminya, Mohd Nazar Ramjan, 43, (dua dari kiri) pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) di Kampung Bentan, Pekan. Turut hadir, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua dari kanan) dan Duta UAE ke Malaysia, Dr Mubarak Saeed Al Dhaheri (kiri). - Gambar fail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia