Berita Harian

Lencongan sementara dibina di kawasan lubang benam jalan Gua Musang-lojing

- Cameron International Corporation · Alexander Nanta Linggi

Gua Musang: Pengguna jalan raya dari Gua Musang ke Cameron Highlands boleh menggunaka­n laluan Sungai Koyan-ringlet-cameron Highlands susulan penutupan jalan di Kilometer (KM) 78 Gua Musang-lojing, sejak kelmarin.

Laluan di KM78 Jalan Gua Musang-lojing berhampira­n Kampung Jekjok, Pos Brooke ditutup kepada semua kenderaan susulan tanah mendap.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pembinaan lencongan sementara juga akan dilaksanak­an oleh Roadcare (M) Sdn Bhd (RCSB) dengan segera untuk kegunaan pengguna laluan terbabit.

“Dalam situasi cuaca buruk terutama di Pantai Timur, ia menyumbang kerosakan jalan raya di beberapa kawasan.

“Terbaharu, kejadian jalan mendap di KM78 Jalan Lojing-gua Musang berhampira­n Kampung Jekjok, Pos Brooke.

“Kerosakan itu menyebabka­n jalan terpaksa ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula semalam sehingga ke tarikh yang akan dimaklumka­n kelak. Tindakan ini perlu diambil bagi memastikan keselamata­n semua pihak terutamany­a pengguna jalan raya di laluan itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sehubungan itu, menyeru semua pihak supaya mematuhi arahan pihak berkuasa untuk mengelakka­n kejadian tidak diingini.

Kelmarin media melaporkan Laluan di KM78 Jalan Gua Musang-lojing berhampira­n Kampung Jekjok, Pos Brooke ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan susulan berlaku jalan mendap pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superinten­dan Sik Choon Foo, berkata laluan itu ditutup kepada semua kenderaan daripada kedua-dua arah hingga arahan baharu dikeluarka­n daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia