Berita Harian

Jalan runtuh, gerai hanyut akibat hakisan sejak lebih 10 tahun lalu

Penduduk Kampung Tanjong di Batu Rakit bimbang banyak kemudahan ditelan ombak

- Oleh Zaid Salim bhnews@bh.com.my people

Kuala Nerus: Peniaga dan penduduk berhampira­n pantai di Kampung Tanjong, Batu Rakit, di sini bimbang dengan masalah hakisan yang semakin teruk sehingga beberapa gerai jualan dihanyutka­n ombak.

Malah, jalan utama di kawasan pantai itu juga runtuh akibat dibadai ombak besar setinggi 2.5 meter pada akhir bulan lalu.

Peniaga dari Kampung Mengabang Lekor, Wan Rosniza Wan Deraman, 40, antara mereka yang buntu berdepan masalah hakisan pantai berkenaan yang didakwa telah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu.

Wan Rosniza yang berniaga makanan di kawasan pantai itu sejak setahun lalu, berkata dia sudah beberapa kali beralih lokasi jualan disebabkan masalah hakisan berkenaan bagi mengelak gerainya dihanyutka­n ombak apabila kawasan tapak niaga mula mengalami hakisan.

“Saya tidak mahu menanggung kerugian besar, justeru mengambil tindakan awal merobohkan gerai sebelum ia dihanyutka­n ombak. Gerai sekarang pun mungkin tidak lama dan akan berpindah lagi sebab hakisan semakin teruk, sangat hampir dengan tapak ini,” katanya.

Elak hakisan merebak

Seorang lagi peniaga, Mazni Bidin, 40, berkata kerajaan sepatutnya mengambil tindakan awal sebaik hakisan teruk berlaku di Kampung Tanjung Gelam pada 2015, bagi mengelak masalah itu ‘merebak’ ke kawasan lain.

“Ketika itu, penduduk menyaranka­n supaya membina pulau tiruan, bukannya benteng pemecah ombak kerana kaedah kedua itu boleh menyebabka­n hakisan terus ‘berjangkit’ ke kampung lain.

“Namun, cadangan itu tidak diendahkan dan kesannya hakisan menjadi semakin teruk sehingga menyebabka­n banyak prasarana, aset penduduk, tanah, pokok dan jeti nelayan musnah termasuk dihanyutka­n ke laut.

”Bermula dari Kampung Tanjung Gelam, ia merebak ke Kampung Kolam, diikuti Kampung Mengabang Telipot, Kampung Pengkalan Maras dan sekarang penduduk Kampung Tanjong pula yang menjadi mangsa,” dakwanya.

Tinjauan di kawasan pantai kampung itu mendapati berlaku runtuhan jalan utama dengan tali penghadang plastik dipasang di sepanjang laluan untuk tujuan keselamata­n, selain mengelak orang ramai menghampir­i kawasan hakisan.

Beberapa pokok kelapa juga tumbang, manakala bangsal dan tempat nelayan berehat serta menaikkan hasil laut runtuh.

Sebilangan peniaga dan pengusaha ikan kering dikatakan terpaksa menutup perniagaan berikutan keadaan hakisan yang semakin teruk sehingga menghampir­i kedai.

 ?? ?? Sebahagian pagar rumah penduduk runtuh, manakala jalan pantai di Kampung Tanjong, Batu Rakit rosak teruk akibat hakisan.
Sebahagian pagar rumah penduduk runtuh, manakala jalan pantai di Kampung Tanjong, Batu Rakit rosak teruk akibat hakisan.
 ?? (Foto Zaid Salim/bh) ??
(Foto Zaid Salim/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia