Berita Harian

Malaysia sedia bina hospital lapangan di Myanmar

Usaha bakal diselaras dengan anggota ASEAN bantu mangsa gempa

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my Disasters · Malaysia · Myanmar · United Malays National Organisation · Sagaing · Kota Tinggi · Sagaing

Malaysia akan menyelaras dengan negara ASEAN lain untuk menubuhkan hospital medan di kawasan yang terjejas teruk akibat gempa bumi berukuran 7.9 skala Ritcher yang melanda Myanmar.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata langkah itu susulan permohonan kerajaan Myanmar ketika lawatan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, ke negara berkenaan baru-baru ini.

Beliau berkata, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan mengkoordi­nasikan bantuan kemanusiaa­n ke Myanmar.

“Apabila Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mewakili Malaysia pergi ke Myanmar, ada permohonan oleh kerajaan Myanmar untuk beberapa perkara yang saya percaya akan dibawa

ke pihak kerajaan untuk dibuat keputusan, antaranya menyediaka­n hospital lapangan (hospital medan). Ini perlu kita bincangkan lebih lanjut.

“Dalam soal ini saya percaya semua negara yang membantu akan berpanduka­n kepada perbincang­an ataupun keputusan yang akan dikoordina­sikan oleh pihak bertanggun­gjawab di Myanmar.

“Kita tidak boleh masuk sahaja ke sana kerana kita pun tahu keadaan di Myanmar ada konflik dan

jika kita tidak bergantung kepada keputusan pihak di Myanmar, maka kita akan terperangk­ap dengan konflik.

Patuh keputusan Myanmar

“Dalam soal ini saya percaya semua negara yang membantu dia akan berpanduka­n kepada perbincang­an ataupun keputusan yang akan dikoordina­sikan oleh pihak bertanggun­gjawab di Myanmar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis

Rumah Terbuka Parlimen dan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan, di sini semalam.

Pada 28 Mac lalu, gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda Wilayah Sagaing, Myanmar kira-kira jam 1 tengah hari waktu tempatan, diikuti gegaran susulan berukuran 6.4 pada skala Richter.

Angka kematian akibat gempa itu meningkat kepada 3,471 orang, manakala 4,671 cedera dan 214 lagi dilaporkan hilang.

 ?? (Foto Muhammad Najmi Nor’azam/bh) ?? Khaled menyantuni tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen dan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi, semalam.
(Foto Muhammad Najmi Nor’azam/bh) Khaled menyantuni tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen dan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia