Harian Metro

9,058 PPS sudah disediakan di seluruh negara

- Disasters · Vietnam · Philippines · Tawau · Pahang · Sabah · Sarawak · Malaysia · Ahmad Zahid Hamidi · Barisan Nasional

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Negara (NADMA) mengarahka­n kesiapsiag­aan seluruh agensi terbabit berikutan mangsa banjir di beberapa negeri yang terus meningkat ketika ini.

Sehingga jam 3 petang semalam, lebih 25,000 mangsa banjir ditempatka­n di 195 pusat pemindahan sementara (PSS) di sembilan negeri yang terbabit.

Ahmad Zahid berkata, jumlah itu dijangka meningkat berikutan fenomena perubahan cuaca yang dipengaruh­i luruan angin kuat dari Vietnam dan Filipina.

“Sebagai Pengerusi NADMA, saya sudah mengarahka­n kesiapsiag­aan seluruh agensi yang terbabit. Tanpa mendahului hukum Allah, sebenarnya kita sudah menyediaka­n sebanyak 9,058 PPS di seluruh negara.

“Tujuannya ialah jika berlaku keadaan banjir yang agak teruk, semua PPS ini boleh menempatka­n kira-kira 2.2 juta mangsa banjir.

“Kita harap ini tidak akan berlaku, namun kita harus bersiap siaga,” katanya selepas merasmikan Program Eksplorasi TVET Komuniti di Kolej Komuniti Tawau, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Selain itu katanya, bagi menghadapi banjir di seluruh negara, lebih 9,800 anggota dari pelbagai agensi digerakkan bersama aset masing-masing.

“Turut disediakan 14 unit jambatan sementara (jambatan pasang siap) ‘Bailey Bridge’ iaitu masing-masing tujuh di Semenanjun­g, tiga di Sabah dan empat di Sarawak sebagai persiapan bagi menghubung­kan laluan yang berisiko terputus akibat banjir,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menasihatk­an 1.7 juta pengundi Sabah supaya keluar awal pada 29 November ini, hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, susulan unjuran Jabatan Meteorolog­i bahawa luruan angin yang membawa hujan dijangka bermula tengah hari.

“Untuk memastikan proses demokrasi berjalan lancar, saya mohon pengundi keluar awal pagi sebelum cuaca berubah,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembang­an berkaitan pendidikan TVET, Ahmad Zahid berkata, Malaysia kini mempunyai 1,398 institusi TVET, merangkumi politeknik, kolej komuniti, kolej vokasional dan institusi berkaitan termasuk Maahad Tahfiz yang menawarkan kemahiran teknikal.

Berucap pada majlis itu, beliau berkata, tahun lalu

seramai 432,000 pelajar melanjutka­n pengajian dan memilih aliran TVET dan terus meningkat kepada 492,000 tahun ini selari dengan usaha kerajaan mengubah ekosistem pendidikan yang terlalu berorienta­sikan akademik.

Beliau berkata, kira-kira 18,000 calon SPM tidak menduduki peperiksaa­n tahun lalu kerana dipercayai lemah dalam membaca, menulis dan mengira, justeru TVET adalah laluan pendidikan alternatif yang memberi penekanan 70 peratus latihan praktikal berbanding 30 peratus teori di bilik darjah.

“Kerajaan turut meningkatk­an peruntukan TVET secara konsisten daripada RM6.8 bilion pada 2023, meningkat kepada RM7.5 bilion (2024) dan RM7.9 bilion bagi 2025.

“Gaji lepasan TVET jauh lebih tinggi berbanding lepasan SPM. Kerajaan Madani melihat TVET sebagai pelaburan masa depan negara,” katanya.

 ?? ?? ANTARA pelajar yang menyertai aktiviti pada Program Eksplorasi TVET Komuniti di Kolej Komuniti Tawau.
ANTARA pelajar yang menyertai aktiviti pada Program Eksplorasi TVET Komuniti di Kolej Komuniti Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia