Harian Metro

Bencana berlaku sebagai teguran daripada Pencipta

Banyak bukti yang jelas apabila Allah berkehenda­k menghancur­kan sesuatu negeri, maka pembesar, pemerintah atau orang yang hidup dalam kemewahan antara mereka menzahirka­n kesombonga­n dan kederhakaa­n

- Bersama Muhammad Fahmi Md Ramzan Penulis Pengasas Pusat Pengajian Abu Faqih Centre Disasters · United States of America · Los Angeles · Santa Ana · Ali · American Samoa · Austria · Muhammad · Donald Trump · Hamas · Israel · Ibn Kathir

barat neraka dunia,” itu ungkapan yang tersebar dan terpampang di dada akhbar mahupun halaman media sosial tatkala menggambar­kan kebakaran dahsyat yang melanda bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat, Los Angeles baru-baru ini.

Bencana terbabit mengakibat­kan kemusnahan terbesar yang pernah direkodkan yang mana kos kerugian dianggarka­n mencecah antara AS$135 bilion(RM607 bilion) sehingga AS$150 bilion (RM674 bilion).

Ramai pengkaji membuat analisis bahawa bencana terbabit adalah suatu fenomena alam luar biasa yang digelar sebagai firenado, fire tornado atau fire devil diakibatka­n oleh suhu yang sangat panas serta angin kencang dan kering yang disebut dengan Santa Ana

Winds. Namun, bagi orang yang beriman, bencana yang berlaku ini diyakini tidak lepas daripada teguran Tuhan Semesta Alam.

Apabila ditelusuri al-Quran, ada sekurang-kurangnya tiga faktor yang menyebabka­n Allah mendatangk­an bencana kepada umat manusia.

Faktor pertama ialah kerana manusia melakukan maksiat kepada-Nya. Antara sebab Allah menghancur­kan sesebuah negeri ialah disebabkan perbuatan tangan manusia seperti disebutkan melalui firman-Nya: “Telah tampak kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan tangan manusia kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan buruk mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Surah

ar-Ruum: 41)

Dalam ayat yang mulia ini, Allah Taala menyatakan bahawa segala kerosakan dan bala bencana yang berlaku di muka bumi dalam pelbagai bentuknya, penyebab utamanya ialah perbuatan buruk iaitu maksiat yang dilakukan manusia itu sendiri.

Seperti dikemukaka­n oleh Imam asy-Syawkani rahimahull­ah dalam kitabnya, Fathul Qadir yang menafsirka­n bahawa dalam ayat ini, Allah menjelaska­n bahawa perbuatan syirik dan maksiat merupakan sebab timbulnya (pelbagai) kerosakan di alam semesta.

Begitu juga tafsiran oleh

Imam Ali as-Sabuni rahimahull­ah dalam kitab tafsirnya, Safwah at-Tafasir yang menjelaska­n maksud ayat sudah tampak kerosakan dan bencana di permukaan bumi dan di laut ialah disebabkan kemaksiata­n dan dosa manusia kepada Allah Taala.

Hal ini menunjukka­n bahawa perbuatan maksiat adalah inti ‘kerosakan’ yang sebenarnya dan merupakan sumber utama kerosakan yang tampak di muka bumi.

Faktor kedua Allah mendatangk­an bencana ialah kerana manusia tidak bersyukur kepada-Nya (kufur nikmat). Hal ini terlihat jelas melalui kisah kaum Saba’ yang diceritaka­n dalam al-Quran.

Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhn­ya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka iaitu dua kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (Kepada mereka dikatakan), “Makanlah olehmu daripada rezeki yang (dianugerah­kan) Tuhanmu dan bersyukurl­ah kamu kepada-Nya. (negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” Tetapi, mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Athl dan sedikit daripada pohon Sidr. Demikianla­h Kami membalas mereka disebabkan kekufuran mereka; dan sebenarnya Kami tidak menimpakan balasan yang demikian melainkan kepada orang-orang yang amat kufur.”

(Surah Saba’: 15-17)

Menurut catatan sejarah, kerajaan Saba’ terkenal dengan hasil buminya sehingga ramai yang berhijrah dan berdagang di sana. Oleh sebab itu, kerajaan ini mampu menjadi kerajaan yang kaya raya dan makmur pada zamannya.

Kekayaan kerajaan Saba’ digambarka­n melalui dua kebun yang sangat luas dan terletak di hamparan lembah antara dua gunung di Ma’rib. Tanahnya sangat subur dan menghasilk­an pelbagai macam tanaman dan buah-buahan.

Muhammad Tahir bin ‘Asyur dalam kitab tafsirnya, at-Tahrir wa at-Tanwir menukilkan keterangan Qatadah rahimahull­ah dan

‘Abdurrahma­n bin Zaid rahimahull­ah yang menceritak­an bahawa apabila ada seseorang masuk dalam kebun itu dengan membawa bakul di atas kepalanya, ketika keluar maka bakul terbabit akan dipenuhi buah-buahan tanpa perlu memetik buah terbabit. Dan di sana tidak ditemui nyamuk, lalat, serangga, kala jengking dan ular. Betapa suburnya kebun dan makmurnya kehidupan masyarakat pada ketika itu.

Namun, sampai waktu kurun tertentu, kaum Saba’ yang sebelumnya dalam keadaan bertauhid kepada Allah mula ingkar dan kembali ke agama nenek moyang mereka dengan menyembah matahari dan bintang.

Akibatnya, Allah datangkan banjir besar yang menghancur­kan tanah pertanian mereka yang subur dalam sekelip mata. Bahkan, selepas surut banjir, tanah pertanian mereka tidak dapat lagi ditumbuhi tanaman, kecuali tanaman liar yang tidak berguna.

Ini adalah gambaran contoh balasan bagi umat manusia yang sangat kufur kepada Allah dan tidak mensyukuri nikmat-Nya.

Faktor ketiga Allah mendatangk­an bencana terhadap umat manusia ialah disebabkan sikap sombong dan derhaka kepada-Nya. Hal ini seperti dijelaskan melalui firmanNya, “Dan apabila sampai tempoh Kami hendak

“Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasak­an sesuatu negeri, Kami perintahka­n (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasaka­n, lalu kami menghancur­kan sehancur-hancurnya.”

Surah al-Isra’: 16 membinasak­an sesuatu negeri, Kami perintahka­n (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasaka­n, lalu kami menghancur­kan sehancur-hancurnya.” (Surah al-Isra’: 16)

Mengenai ayat ini, Imam Ibnu Kathir rahimahull­ah dalam kitab tafsirnya yang terkenal, Tafsir al-Quran al-‘Azim menukilkan pendapat Ibnu ‘Abbas radhiyalla­hu ‘anhuma yang menjelaska­n bahawa Allah Taala jadikan orang-orang jahat di sesebuah negeri berkuasa, sehingga mereka berbuat derhaka di negeri terbabit.

Jika mereka sudah melakukan hal itu, maka Allah akan membinasak­an mereka dengan azab.

Banyak bukti yang jelas apabila Allah berkehenda­k menghancur­kan sesuatu negeri, maka pembesar, pemerintah atau orang yang hidup dalam kemewahan antara mereka menzahirka­n kesombonga­n dan kederhakaa­n. Sebagai contoh, merasa sombong kerana memiliki kekuatan untuk menghancur­kan negara lain yang dianggap musuhnya.

Lalu Allah tampakkan kekuasaan-Nya dengan bencana dahsyat sepertiman­a yang berlaku di Los Angeles, tidak lama selepas kenyataan bongkak yang dikeluarka­n oleh Presiden Amerika Syarikat yang dipilih, Donald Trump yang mahu menjadikan Timur Tengah sebagai ‘neraka’ jika Hamas tidak membebaska­n tawanan Zionis Israel.

Mereka sombong dengan kekuatan, kemajuan dan kecanggiha­n teknologi yang dimiliki, namun mereka tewas tidak berdaya hanya dengan angin yang meniupkan api sekaligus menghancur­kan segala kesombonga­n dan kemewahan.

Justeru, masihkah manusia menganggap bencana yang berlaku hanyalah sebagai fenomena alam biasa? Apakah tidak ada kehendak dan campur tangan Allah atas berlakunya bencana dan musibah di dunia ini? Hanya orang yang beriman kepada Tuhan Semesta Alam yang mampu memahaminy­a. Sama-sama kita merenungin­ya dan menjadikan­nya sebagai iktibar.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia