Berita Harian

KPM segera kerja baik pulih sekolah rosak akibat banjir

Kementeria­n masih kumpul maklumat, jumlah bantuan bergantung kemusnahan

- Oleh Samadi Ahmad bhnews@bh.com.my Bullying · Disasters · Education · Society · Malaysian Ministry of Education · Sabah · Kelantan · Terengganu Polygon Cycling Team · Sarawak · Putrajaya · Malaysia · Johor Bahru · Kluang · Terengganu · Kulai · Kota Tinggi

Kementeria­n Pendidikan (KPM) akan membaik pulih sekolah yang rosak akibat banjir dengan seberapa segera selepas mendapat maklumat lengkap

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata ketika ini pegawai kementeria­n pada peringkat mengumpulk­an maklumat mengenai sekolah di Johor dan Sabah yang terkesan akibat banjir bagi menyelaras kerja baik pulih.

Beliau berkata, kementeria­n itu akan memastikan sekolah terjejas banjir mendapat bantuan untuk penyelengg­araan dengan cepat supaya suasana pembelajar­an kekal kondusif.

Katanya, jumlah bantuan yang

akan disalurkan bergantung kepada kerosakan yang berlaku kepada setiap sekolah terbabit.

Tunggu laporan dari Johor

“Pada masa ini, kita masih lagi menunggu laporan keseluruha­n khususnya dari Johor yang terkesan banjir, baru-baru ini.

“Selain itu, RM26.4 juta sudah

diperuntuk­kan bagi membaik pulih sekolah di Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak yang rosak akibat banjir pada Disember hingga Januari lalu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an bantuan kepada 320 murid sekolah rendah sekitar Putrajaya di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Biro Pendidikan Harapan Putrajaya, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya; Pengarah Urusan AEONBIG Malaysia, Tan Sri Lim Keng Cheng dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Karim.

Media Jumaat lalu melaporkan, sesi pembelajar­an di 20 sekolah

di daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang dan Kota Tinggi terjejas akibat banjir, susulan hujan berterusan.

Daripada 20 sekolah yang dilaporkan terjejas, tujuh daripadany­a dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), dua dinaiki air manakala 11 terputus hubungan.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Fadhlina bersama sebahagian pelajar pada Majlis Penyerahan Bantuan Hari Raya Sekolah-sekolah Rendah sekitar Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Fadhlina bersama sebahagian pelajar pada Majlis Penyerahan Bantuan Hari Raya Sekolah-sekolah Rendah sekitar Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia