Berita Harian

Seminggu hidu bau busuk air termenung

Penduduk Sri Medan tetap reda berdepan masalah setiap kali banjir

- Oleh Alias Abd Rani bhnews@bh.com.my Disasters · people · Batu Pahat · Medan

Batu Pahat: “Kami kena hidu bau busuk air banjir ini setiap hari. Selagi tak surut, selagi itulah kami kena hadapinya, paling kurang seminggu lagi baru pulih,” kata Mohd Solehan Simigen, antara penduduk Sri Medan yang kini dibelenggu banjir termenung sejak seminggu lalu.

Mohd Solehan, 34, berkata keadaan itu menyebabka­n bau busuk sehingga penduduk tak lalu makan.

“Kalau air pasang, bau hilang seketika, bila surut datang balik bau itu. Inilah yang berlaku setiap kali kena banjir, namun kami reda,” katanya ditemui di Kampung Parit Jayus, semalam.

Disebabkan masalah itu selain banjir belum surut, dia terpaksa melupakan hasrat membuat persiapan Aidilfitri.

“Tengok keadaan rumah dan kawasan luar masih belum dibersihka­n jadi, kami tak beraya tahun ini.

“Ini dugaan kali kedua Ramadan selepas 2023. Cuma kali ini tidak seteruk dua tahun sebelumnya apabila air masuk rumah hingga paras tengkuk,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Pikati Yaiman, 54, berkata kediamanny­a juga menerima nasib sama terpaksa bau banjir termenung sejak seminggu lalu.

Harungi air paras betis

Dia terpaksa mengharung­i banjir dengan air mencecah paras betis setiap kali keluar rumah untuk membeli barang keperluan atau urusan lain.

“Kami harap dalam keadaan cuaca kembali elok akan mempercepa­tkan air surut. Kalau ada rezeki kami sambut Aidilfitri,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan di beberapa kawasan di Sri Medan antara Parit Baru dan Parit Warijo mendapati masih banyak rumah penduduk terjejas banjir termenung.

 ?? ??
 ?? ?? Penduduk Sri Medan, Batu Pahat dibelenggu banjir termenung sejak seminggu lalu.
Penduduk Sri Medan, Batu Pahat dibelenggu banjir termenung sejak seminggu lalu.
 ?? ?? Mohd Solehan Simigen
Mohd Solehan Simigen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia