Berita Harian

Malaysia perluas kerjasama perkukuh kepakaran SMART

Rundingan muktamadka­n MOU beberapa negara dijangka selesai tahun ini

- Malaysia · Japan · Russia · South Korea · Korea Republic national football team · Singapore · Indonesia · Gaziantep · Royal Malaysian Police · Malaysian Armed Forces · Brunei Darussalam · Thailand · SMART

Malaysia akan memperluas kerjasama dalam pengurusan bencana dengan beberapa negara termasuk Jepun, Russia dan Korea Selatan supaya kepakaran Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) terus diperkukuh.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata rundingan bagi memuktamad­kan memorandum persefaham­an (MOU) dengan negara berkenaan dijangka selesai tahun ini.

Beliau berkata, NADMA sudah berbincang dengan Jepun untuk memuktamad­kan MOU itu, manakala beberapa rundingan kini pada tahap akhir termasuk dengan Russia dan Korea Selatan, namun keputusan akhir bergantung kepada Kabinet untuk melihat kesesuaian dengan kepentinga­n negara.

Katanya, Malaysia sudah menandatan­gani MOU dengan beberapa negara termasuk Singapura, Indonesia dan Turkiye yang menandakan pengiktira­fan antarabang­sa terhadap keupayaan negara dalam pengurusan bencana serta kepakaran pasukan SMART khususnya dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“MOU ini kita anggap penting dari segi kerjasama terutama dalam operasi dapat diformalka­n dan pada masa sama, ia juga satu pengiktira­fan menunjukka­n negara lain juga ingin belajar daripada kebolehan dan kepakaran pasukan SMART,” katanya.

Khairul Shahril berkata, MOU itu bukan saja bagi memperkuku­h hubungan strategik, tetapi juga meningkatk­an kecekapan dalam pengurusan bencana terutama dalam operasi SAR melalui latihan bersama antara pasukan SMART dan pasukan elit negara lain.

Teliti tambah anggota

Beliau berkata, bagi memastikan pasukan itu kekal relevan, kerajaan sedang meneliti kemungkina­n menambah keanggotaa­n SMART, mengambil kira pengalaman ketika membantu operasi SAR gempa bumi di Gaziantep, Turkiye pada Februari 2023.

Katanya, jumlah anggota pasukan itu setakat ini masih mematuhi piawaian pasukan menyelamat antarabang­sa seperti disyorkan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabang­sa (INSARAG), iaitu dua pasukan membabitka­n 160 anggota secara keseluruha­n.

“Pasukan itu adalah gabungan tiga badan beruniform utama negara

MOU itu bukan saja bagi memperkuku­h hubungan strategik, tetapi juga meningkatk­an kecekapan dalam pengurusan bencana terutama dalam operasi SAR melalui latihan bersama antara pasukan SMART dan pasukan elit negara lain

Khairul Shahril Idrus, Ketua Pengarah NADMA

iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Cadangan mengekalka­n anggota SMART dalam pasukan sedang diteliti memandangk­an ketika ini anggota akan kembali ke unit asal masing-masing apabila tempoh perkhidmat­an tamat,” katanya.

Susulan itu, Khairul Shahril berkata, perbincang­an sedang berjalan dengan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) untuk mencari mekanisme terbaik bagi memastikan kepakaran dimiliki anggota itu dapat dikekalkan dalam pasukan.

Beliau berkata, pada peringkat serantau, pasukan SMART terbabit dalam beberapa latihan amal yang dikendalik­an Sekretaria­t ASEAN dan menerima permohonan daripada negara jiran termasuk Brunei, Thailand dan Indonesia

untuk menjadi penasihat kepada pasukan penyelamat masing-masing sehingga mendapat pengiktira­fan INSARAG.

“Malaysia turut menerima jemputan sebagai pakar rujuk dalam persidanga­n antarabang­sa berkaitan operasi SAR, membuktika­n kedudukan SMART sebagai pasukan penyelamat bertaraf dunia,” katanya.

Khairul Shahril berkata, pasukan SMART adalah gerakan bantuan kedua di Asia Tenggara diiktiraf INSARAG selepas Singapura dan anggota pasukan itu sering dipanggil sebagai pakar rujuk dalam persidanga­n antarabang­sa membabitka­n aktiviti SAR.

“Kesediaan negara lain termasuk negara maju mengadakan kerjasama seperti latihan bersama menunjukka­n imej pasukan SMART berada pada peringkat antarabang­sa, sekali gus menjulang nama Malaysia,” katanya.

BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia