Harian Metro

Temui 1 mangsa hidup

- Nay Pyi Taw, Myanmar: Disasters · Malaysia · Myanmar · Thailand · Min Aung Hlaing · SMART · Than Shwe · State Administration Council

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) bagi membantu mangsa gempa bumi di Myanmar menamatkan operasi dan pulang ke tanah air, hari ini.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selain tempoh operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh Smart tamat, ia perlu dihentikan kerana mereka tidak lagi menjumpai mangsa hidup yang terperangk­ap di bawah runtuhan bencana alam itu.

“Smart kita jumpa seorang sahaja masih hidup dan yang lainnya semua telah meninggal dunia,” katanya kepada Bernama sebelum mengakhiri lawatan rasmi untuk misi kemanusiaa­n ke Myanmar, kelmarin.

Misi kemanusiaa­n sehari itu turut diketuai bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Maris Sangiampon­gsa.

Beliau berkata, Pengerusi Majlis Pentadbira­n Negara (SAC) Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dan Menteri Luar Myanmar U Than Shwe turut menzahirka­n penghargaa­n kepada Malaysia atas kecekapan Smart melaksanak­an operasi SAR di negara itu selain penyaluran bantuan kemanusiaa­n yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia