Harian Metro

Jumlah mangsa bah menurun

- Palestinian Authority · Dewan · China · Rantau Panjang

Melaka: Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah menurun kepada 237 mangsa daripada 61 keluarga setakat jam 7 pagi semalam berbanding 407 mangsa daripada 121 keluarga pada 7.30 malam kelmarin.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsya­h Muslim berkata, kesemua mangsa ditempatka­n di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan.

“PPS Balai Raya Paya Lebar menempatka­n 61 mangsa daripada 13 keluarga, PPS Balai Raya Ayer Paabas (tiga mangsa daripada tiga keluarga) dan PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ar-Rasyidin (13 keluarga daripada tiga keluarga).

“Selain itu, PPS Pejabat Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Penyelaras­an Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kuala Linggi (105 mangsa daripada 26 keluarga), PPS Dewan Japerun Ayer Limau (44 mangsa daripada 12 keluarga) dan PPS Balai Raya Seri Jeram (11 mangsa daripada empat keluarga),” katanya, semalam.

Beliau berkata, antara kawasan terjejas Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan

China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih, Kampung Lekok, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Berisu.

Selain itu, turut terjejas Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3, Taman Seri Aman, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Solok Ayer Limau, Kampung Seri Jeram, Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai, Panchor dan Taman Rembia Jaya. - Bernama

 ?? ?? MANGSA banjir, Zainuddin Chambate, 48, mengemas rumahnya di Kampung Pengkalan Pauh, Lubok China, Alor Gajah yang dilanda banjir.
MANGSA banjir, Zainuddin Chambate, 48, mengemas rumahnya di Kampung Pengkalan Pauh, Lubok China, Alor Gajah yang dilanda banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia