Harian Metro

Tunggu RTB selesai

Kerajaan teliti cadangan bina tebing tinggi di kawasan pantai

- Kuala Lumpur Weather · Disasters · Japan International Cooperation Agency · Japan · Government of Japan · Malaysia · Dewan Rakyat · China · United States of America · Europe · Kelantan · China · Terengganu · Terengganu Polygon Cycling Team · Tumpat

Kerajaan akan meneliti cadangan daripada hasil kajian Agensi Kerjasama Antarabang­sa Jepun (Jica) untuk membina tebing tinggi di kawasan pantai bagi mengatasi masalah banjir di seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

berkata, cadangan yang pernah dibangkitk­an sekitar 20 tahun lalu itu boleh diusahakan selepas projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara, selesai dilaksanak­an.

“Ada cadangan saya ingat lama dah 20 tahun lebih yang lepas, dicadangka­n oleh Kerajaan Jepun iaitu projek Jica umpamanya untuk mengatasi masalah banjir di pantai barat (Malaysia) dan ketika itu tahun 90-an, keperluan perbelanja­an itu sudah mencecah RM10 bilion, sekarang mungkin dah RM20 bilion.

“Antara lain kajian Jica untuk bina tebing-tebing tinggi di seluruh kawasan pantai. Sudah tentu ini akan mengambil masa dan mudah-mudahan bila keadaan ekonomi yang jauh lebih kukuh, selesai masalah tebatan banjir kita,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) yang ingin tahu pendekatan kerajaan dalam mengatasi masalah banjir tahunan yang menelan kos ratusan juta setiap tahun.

Pada masa ini, Anwar berkata, kerajaan memperuntu­kkan hampir RM15 bilion bagi projek RTB di seluruh negara sebagai ikhtiar untuk mengawal masalah banjir, selain menggunaka­n teknologi terkini bagi meramal cuaca

Kerajaan memperuntu­kkan hampir RM15 bilion bagi projek RTB di seluruh negara

untuk dimaklumka­n kepada rakyat.

Bagaimanap­un, beliau menyedari langkah terbabit masih tidak mencukupi dan tiada negara yang dapat mengawal cuaca biarpun mereka mempunyai teknologi terbaik termasuk China, Amerika Syarikat dan Eropah.

“Tetapi, ikhtiar itu harus ada... cuma tahun ini hujan itu luar jangka, jauh lebih (banyak) iaitu (jumlah) lima hari (hujan) sama dengan enam bulan sebelumnya, jadi tertangguh hujannya, kemarau dan kemudian turun dengan banyak menyebabka­n takungan dan banjir,” katanya.

Katanya, di beberapa daerah di Kelantan umpamanya, bacaan hujan mencecah lebih 1,167 milimeter (mm) dalam masa lima hari iaitu pada 26 hingga 30 November lalu dan di beberapa daerah di Terengganu pula mencatat hujan sehingga 1,761mm untuk tempoh sama.

Menjawab soalan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) mengenai kerosakan jalan akibat banjir, Anwar berkata, kerajaan menyediaka­n hampir RM1 bilion bantuan segera untuk mengatasi pelbagai kerosakan, dengan keutamaan bagi memperbaik­i sekolah, hospital, jalan asas serta ganti rugi. - Bernama

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia