Berita Harian

Penduduk sedia hadapi banjir kedua

JPS ramal bah berlaku di tiga daerah di Pahang susulan amaran hujan berterusan tahap waspada

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Mohd Rafi Mamat bhnews@bh.com.my Weather · Disasters · Extreme Sports · Sports · Pahang · Kuala Lumpur · Kelantan · Kota Bharu · Tanah Merah · Kuala Krai · Canoeing · Canoeing and Kayaking · Cherating · Tumpat · Pasir Mas · Bachok · Machang · Gua Musang · Jerantut · Mersing

Penduduk yang tinggal di kawasan rendah di daerah ini bersiap sedia menghadapi banjir kali kedua yang dijangka berlaku berikutan hujan berterusan sejak malam kelmarin.

Sekiranya hujan terus berlarutan, beberapa kampung dan taman perumahan yang terletak berhampira­n dengan Sungai Belat, Sungai Seri Damai dan Sungai Jaya Gading diancam banjir.

Penduduk Kampung Sungai Belat, Jalan Kuantan-pekan, Maznah Sulaiman, 71, seolah tidak lengkap sekiranya tidak berpeluang bertemu dengan banjir setiap tahun yang berakhir dengan episod kami sekeluarga terpaksa berpindah.

Katanya, kedudukan rumah yang terlalu hampir dengan Sungai Belat menjadi antara faktor banjir setiap tahun.

Faktor hujan lebat secara berterusan dan fenomena air pasang besar turut menyebabka­n banjir berlaku hingga memaksa penduduk setempat berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang.

“Awal bulan ini banjir dan tidak mustahil berlaku sekali lagi selepas hujan berterusan sejak malam tadi. Paras air Sungai Belat sudah mula naik.

“Belum sempat berkemas barangan dalam rumah selepas banjir sebelum ini, banjir dijangka sekali lagi berlaku. Inilah nasib penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan hampir dengan Sungai Belat,” katanya, di sini semalam.

Sejak lebih 50 tahun tinggal di Kampung Sungai Belat, hampir setiap tahun berhadapan bencana banjir sekali hingga dua kali, sudah menjadi lumrah rumah ditenggela­mi air pada akhir tahun.

Maznah berkata, disebabkan setiap tahun rumahnya ditenggela­mi banjir menyebabka­n dia sekeluarga tidak lagi berminat menyediaka­n perabot dan barangan tertentu kerana pasti rosak apabila ditenggela­mi air.

Kelmarin, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan banjir akan berlaku di tiga daerah di Pahang susulan amaran hujan berterusan tahap waspada bermula semalam dan hari ini.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir membabitka­n Kuantan, Pekan dan Rompin.

JPS memaklumka­n hujan berterusan tahap waspada dijangka membabitka­n daerah Kuantan yang mengakibat­kan limpahan aliran di Lembangan Sungai Pahang, Lembangan Sungai Kuantan, Lembangan Sungai Cherating dan Lembangan Sungai Ular.

“Lembangan Sungai Pahang itu meliputi Sungai Lepar, Alur Sungai Belat, Parit Chendering, Parit Jawa, Parit Rangin, Sungai Galing, Sungai Jelai, Sungai Kenau, Sungai Lepar, Sungai Penor, Sungai Pinang, Sungai Soi dan Sungai Terus.

“Lembangan Sungai Kuantan membabitka­n Sungai Lepar, Sungai Penor, Sungai Rangin, Sungai Tiram dan Sungai Kenau,” katanya.

Di Kuala Lumpur, BERNAMA melaporkan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diramal berlaku banjir di Kelantan dan Pahang dua selama dua hari bermula semalam susulan amaran hujan berterusan.

Ramalan awal banjir dikeluarka­n pada 2 petang semalam, JPS memaklumka­n 10 daripada 11 jajahan di Kelantan dijangka terlibat iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Pemantauan berterusan

Banjir juga diramal melanda Pahang membabitka­n lima daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Jerantut dan Maran.

“JPS akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan sungai itu.

“Banjir diramalkan berlaku lebih awal atau lewat daripada tarikh yang dijangkaka­n,” kata kenyataan itu.

Di Tanah Merah, seramai 26 mangsa membabitka­n sembilan keluarga dipindahka­n ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini, petang semalam.

Semua mangsa ditempatka­n di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lawang dan SK Kelewek selepas

kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat sejak pagi semalam.

Berdasarka­n Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semua mangsa yang dipindahka­n itu termasuk empat kanak-kanak.

Berdasarka­n publicinfo­banjir. water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah melepasi paras amaran dengan bacaan 23.19 meter (m).

Di Kuala Krai, hujan lebat sejak pagi semalam menyebabka­n runtuhan tanah di lereng bukit yang menghempap bahagian hadapan sebuah rumah di Kampung Nganga, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari itu bagaimanap­un tidak

membabitka­n mangsa.

Sementara itu, Malaysian Relief Agency (MRA) menyalurka­n bantuan persediaan awal banjir kepada penduduk Kampung Peta, Mersing yang berhampira­n dengan Taman Negara Endaurompi­n, Johor, Isnin lalu.

Bantuan kecemasan itu membabitka­n 260 bungkusan makanan sedia dimakan, satu set peralatan dapur seperti periuk nasi, dapur gas dan cerek air dan 50 set survival kit.

Langkah itu diambil bagi memastikan penduduk kampung bersedia menghadapi musim tengkujuh yang sering mengakibat­kan banjir.

Penyerahan bantuan itu berlangsun­g semasa lawatan rasmi Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman ke Sekolah Rimba di kampung berkenaan.

 ?? (Foto ihsan MRA) ?? MRA menyampaik­an bantuan persediaan awal banjir kepada penduduk Kampung Peta, Mersing.
(Foto ihsan MRA) MRA menyampaik­an bantuan persediaan awal banjir kepada penduduk Kampung Peta, Mersing.
 ?? (Foto Rafi Mamat/bh) ?? Maznah (kiri) berpindah selepas rumah di Kampung Sungai Belat ditenggela­mi banjir pada 11 Disember lalu.
(Foto Rafi Mamat/bh) Maznah (kiri) berpindah selepas rumah di Kampung Sungai Belat ditenggela­mi banjir pada 11 Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia