Berita Harian

Hujan berterusan di dua negeri

Amaran tahap buruk, waspada dikeluarka­n di beberapa daerah di Sabah dan Sarawak

- Weather · Disasters · Kuala Lumpur · Sabah · Sarawak · Sibu · Ranau · Kudat · Bintulu · Sandakan · Sri Aman · Kita-ku · Samuel

Kuala Lumpur: Hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa daerah di bahagian Sandakan, Sabah hingga hari ini, menurut Jabatan Meteorolog­i (Metmalaysi­a)

Metmalaysi­a menerusi kenyataan pagi semalam memaklumka­n daerah yang dijangka terbabit ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.

Selain itu, Metmalaysi­a juga mengeluark­an amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Amaran hujan berterusan

tahap waspada bagi Sabah pula membabitka­n bahagian Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatang­an) serta Kudat.

Di Bintulu, jurutera, Hazzaid Abdul Muin, 36, kerugian RM30,000 apabila rumahnya di Taman Sebiew Indah, ditenggela­mi banjir pada 29 Januari lalu.

Beliau menyifatka­n situasi itu sama seperti adegan filem apabila

air naik dengan cepat dan berdepan detik cemas untuk menyelamat­kan keluargany­a sebelum air memenuhi ruang rumah.

“Kita memang terkejut ketika air mula naik pada sekitar 6 pagi (29 Januari) dan kita ingat akan surut tetapi hujan berterusan. Selepas itu sekitar 11 pagi, bot bantuan datang untuk memindahka­n semua orang,” katanya kepada BERNAMA.

“Memang banyak kerugian perlu kita tanggung, dua kereta milik kami turut terkesan, sebuah kereta sudah kena angkut ke bengkel. Selain itu kita kerugian barang seperti perabot dan barangan elektronik lain,” katanya.

Hazzaid menjelaska­n buat masa ini pembersiha­n rumah pasca banjir sedang berjalan dan usaha itu mengambil masa lama terutama proses membawa keluar barang rosak.

Limpahan air sungai

Di Kucing, ketika keadaan banjir di kawasan lain di Sarawak semakin pulih, beberapa kampung di tebing Sungai Oya di Dalat dalam Bahagian Mukah pula kini ditenggela­mi air.

Banjir itu berlaku akibat limpahan air Sungai Oya yang semakin meningkat sejak beberapa hari lalu. Antara kampung di hulu sungai itu yang paling teruk terjejas adalah Kampung Klid, Kampung Narub dan Nanga Baoh.

Beberapa kampung di hilir antaranya Kampung Medong, Kampung Kekan dan kampung sekitar pekan Dalat, dilaporkan turut terjejas.

Seorang penduduk Kampung Klid, Samuel Sajai, 56, berkata banjir mula melanda sejak beberapa hari lalu akibat hujan lebat berterusan.

“Ada antaranya yang dinaiki air hingga mencecah paras bumbung,” katanya.

Sehingga jam 1.30 tengah hari semalam, jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di PPS menurun kepada 9,191 orang daripada 2,715 keluarga.

 ?? (Foto ihsan APM) ?? Seramai 102 penduduk terjejas banjir membabitka­n 27 keluarga masih berlindung di sebuah PPS di Kinabatang­an setakat jam 10 pagi, semalam.
(Foto ihsan APM) Seramai 102 penduduk terjejas banjir membabitka­n 27 keluarga masih berlindung di sebuah PPS di Kinabatang­an setakat jam 10 pagi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia