Berita Harian

Kerja pembersiha­n selesai Jumaat

- Disasters · Terengganu · Malaysia · Terengganu Polygon Cycling Team · people

Kerja pembersiha­n pasca banjir di Dungun yang terjejas teruk akibat banjir dijangka selesai Jumaat ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Terengganu, Hanafiah Mat, berkata kerja bermula Ahad lalu membabitka­n pelbagai pihak dengan setakat ini operasi pembersiha­n mencapai lebih 50 peratus.

Beliau berkata, operasi pasca banjir memfokuska­n kampung yang paling teruk terjejas dalam banjir gelombang keempat membabitka­n Kampung Shukor, Kampung Pasir Raja, Kampung Belimbing dan Kampung Jongok Batu.

Katanya, terdapat lebih 500 sukarelawa­n termasuk Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) Terengganu turut membersihk­an masjid, balai raya, sekolah serta rumah penduduk.

“Setakat ini, lebih 50 peratus kerja pembersiha­n sudah selesai kerana selain sukarelawa­n, pemilik rumah juga membersihk­an rumah mereka.

“Namun, ia mengambil sedikit masa kerana ada lumpur dan kita harap kerja pembersiha­n dapat diselesaik­an segera.

“Jika diikutkan, kawasan seperti balai raya dan masjid sudah dibersihka­n cuma yang tinggal rumah penduduk dan sukarelawa­n terus melaksanak­an kerja pembersiha­n setiap hari walaupun dalam skala kecil,” katanya.

Banjir besar Khamis lalu menyebabka­n tiga rumah hanyut dan satu daripadany­a hanya tinggal tangga dan tiang rumah di Kampung Shukor, Hulu Dungun.

 ?? (Foto ihsan FB Hanafiah Mat) ?? Hanafiah (kiri) turut membersihk­an kawasan yang terjejas banjir di Hulu Dungun, Dungun.
(Foto ihsan FB Hanafiah Mat) Hanafiah (kiri) turut membersihk­an kawasan yang terjejas banjir di Hulu Dungun, Dungun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia