Harian Metro

Harap ada tindakan proaktif pihak berkuasa

- Disasters · Muhammad Iqbal

Seremban:“Kejadian banjir kilat kali ini agak teruk walaupun tidak seteruk pada 2008 apabila air naik memenuhi kawasan dalam dan halaman rumah setinggi hampir paras lutut.

“Kami tidak sempat menyelamat­kan beberapa barangan penting terutama perabot kerana kejadian itu berlaku dengan sangat cepat pada jam 5 pagi, Khamis lalu, ketika ahli keluarga sedang tidur,” kata Muhammad Iqbal Ramli, 32, antara penduduk Kampung Paroi di sini yang ditimpa banjir kilat pada Khamis lalu.

Menurutnya, ketika dia terjaga, air sungai berhampira­n kediamanny­a sudah melimpah dan memenuhi sebahagian kawasan kediaman Katanya, dia sempat mengalihka­n beberapa kenderaan ahli keluarga di halaman rumah ke kawasan selamat selain menyelamat­kan peralatan termasuk peti ais.

“Air banjir naik begitu cepat selepas hujan lebat sepanjang malam, kami tak jangka banjir boleh menimpa kampung ini. Ini kerana kali terakhir kampung ini mengalami banjir kilat pada 2008. Saya tak pasti apa puncanya,” katanya ketika ditemui pada lawatan Menteri Luar merangkap penduduk kampung. Ahli Parlimen Rembau Datuk Seri Mohamad Hasan di kampung itu, kelmarin.

Mohamad berkata, sebanyak 42 rumah terbabit dalam banjir itu.

“Saya dimaklumka­n Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan telah melawat kawasan ini namun saya akan menghubung­i JPS negeri untuk melihat apa pandangan serta cadangan mereka dalam mengatasi masalah ini,” katanya.

Mohamad berkata, tindakan proaktif daripada pihak berkuasa perlu untuk memastikan banjir kilat di kampung itu tidak berulang.

“Bila banjir, banyak kemusnahan harta benda berlaku. Saya akan cuba bawa cadangan atau pandangan daripada JPS negeri ke peringkat persekutua­n agar masalah dialami Kampung Paroi ini ditangani. Kita tidak mahu musibah lebih buruk berlaku pada masa hadapan, kita nantikan cadangan daripada pihak berwajib dalam usaha untuk mengurangk­an kekerapan berlakunya banjir kilat di kampung ini,” katanya.

 ?? ?? BEBERAPA kawasan dilanda banjir di daerah Seremban susulan hujan lebat berterusan lebih tiga jam sejak awal pagi Khamis lalu.
BEBERAPA kawasan dilanda banjir di daerah Seremban susulan hujan lebat berterusan lebih tiga jam sejak awal pagi Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia