Berita Harian

JPS kenal pasti 449 lokasi berisiko banjir

- Weather · Disasters · Badminton · Sports · Kuala Terengganu · Terengganu · Malaysia · Terengganu Polygon Cycling Team · Chukai · Kuala Besut

Kuala Terengganu: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenal pasti sebanyak 449 lokasi ‘hotspot’ banjir di Terengganu sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) sekali gus membolehka­n persediaan dan perancanga­n awal dilakukan berdepan musim berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Infrastruk­tur, Utiliti dan Pembanguna­n Luar Bandar Terengganu (Pengurusan Bencana), Hanafiah Mat berkata, kerajaan menjangkak­an terdapat lima hingga tujuh luruan monsun membawa episod hujan yang lebat dan berterusan terutama di Pantai Timur Semenanjun­g

“Daerah Kuala Terengganu merekodkan jumlah kawasan berisiko tertinggi iaitu sebanyak 97 lokasi diikuti daerah Hulu Terengganu (66 kawasan).

“Di Setiu, ia membabitka­n 58 kawasan, Dungun (56), Kemaman (55), Kuala Nerus (48), Marang (35) dan Besut (34),” katanya.

Hanafiah berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukaka­n Azbi Salleh (Kuala Besut-pas) mengenai persiapan kerajaan negeri menghadapi musim tengkujuh pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-15 (Bajet) di Wisma Darul Iman di sini semalam.

Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, berkata semua agensi Kerajaan Pusat dan Negeri sudah diminta memastikan semua aset, logistik dan sistem amaran awal bencana diperiksa supaya ia dapat berfungsi dengan lebih berkesan sebagai persediaan awal.

Katanya, beberapa pelan tindakan juga sudah dibincangk­an menerusi Mesyuarat Penyelaras­an Persediaan Menghadapi MTL.

“Kawasan rendah dan berhampira­n muara sungai di negeri ini turut dikenal pasti berisiko berlakunya limpahan air sekiranya fenomena air pasang besar berserta hujan lebat.

“Ia membabitka­n lima lembangan sungai iaitu

Sungai Terengganu, Sungai Besut, Sungai Dungun, Sungai Kemaman dan Sungai Setiu,” katanya.

Hanafiah berkata, daerah Hulu Terengganu juga dijangkaka­n berisiko tinggi berlaku banjir selain daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu dan Kemaman.

Katanya, penduduk di kawasan berisiko banjir dinasihatk­an segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila hujan lebat melebihi tempoh dua jam bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Kita juga turut menyediaka­n kira-kira 10,000 sukarelawa­n Khidmat Malaysia (KM) yang diletakkan dalam keadaan siap siaga sebagai persiapan membantu mangsa bencana.

“Anggota dan sukarelawa­n skuad berkenaan mempunyai pengalaman luas dalam menghadapi banjir melakukan persiapan yang sewajarnya untuk menghadapi musim tengkujuh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia