Berita Harian

‘Mangsa banjir bimbang air naik semula’

2,102 penghuni pilih tak pulang ke rumah walau bah surut

- Oleh Zatul Iffah Zolkiply dan Zaid Salim bhnews@bh.com.my Disasters · Terengganu · Kelantan · Rantau Panjang

Chukai: Seramai 2,102 penghuni Perumahan Rumah Mampu Milik Telok Kalong di dua pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka banjir, memilih untuk tidak pulang ke rumah walaupun bah surut kelmarin.

Mohd Afikfi Mohd Khalipani, 32, berkata beliau dan isteri, Normawati Abdullah, 29, serta tiga anaknya bimbang air naik semula kerana cuaca tidak menentu.

“Kami hanya pulang membersihk­an rumah dan barang serta perkakas rumah yang diselaputi lumpur sebelum kembali semula ke PPS pada waktu malam,” katanya.

Suri rumah, Tuan Rafidah Tuan Arifin, 40, berkata beliau dan suami, Mohd Firdaus Abdullah, 45, serta tiga anak juga memilih untuk bermalam di PPS kerana bimbang kawasan berkenaan dinaiki air kerana masih hujan.

“Selagi keadaan cuaca tidak menentu dan PPS masih dibuka, saya rasa lebih selamat kalau kami anak beranak bermalam di sini dan pulang apabila banjir pulih sepenuhnya,” katanya.

Banjir makin pulih

Banjir di Terengganu beransur pulih petang semalam dengan 442 mangsa daripada 124 keluarga itu berada di empat PPS di Kemaman.

Jumlah itu menurun berbanding

2,557 mangsa daripada 641 keluarga 12 tengah hari semalam.

Berdasarka­n laporan Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, hanya daerah Kemaman masih terjejas.

Sementara itu BERNAMA melaporkan tiga sungai utama di Kelantan berada melebihi paras berjaga-jaga setakat tengah semalam.

Berdasarka­n portal infoban

jir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran, tiga sungai berkenaan ialah Sungai Kelantan di Kampung Sokor, Tanah Merah dengan ketinggian 18.43 meter, berbanding paras berjaga-jaga 18.0 meter.

Sungai Golok di Rantau Panjang juga melebihi paras berjaga-jaga (7.00 meter) iaitu 7.38 meter.

Sungai Semerak di Pasir Puteh juga pada paras berjaga-jaga iaitu dengan ketinggian 2.02 meter.

 ?? ?? Nur Hayati Ismail bersama anaknya membuat persiapan memindahka­n peralatan rumah ke dalam bot sebagai persediaan hadapi banjir di Kampung Pengkalan Ajal.
Nur Hayati Ismail bersama anaknya membuat persiapan memindahka­n peralatan rumah ke dalam bot sebagai persediaan hadapi banjir di Kampung Pengkalan Ajal.
 ?? ?? Penduduk melakukan kerja pembersiha­n selepas banjir mulai surut ketika tinjauan di Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong, semalam.
Penduduk melakukan kerja pembersiha­n selepas banjir mulai surut ketika tinjauan di Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong, semalam.
 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ??
(Foto Ghazali Kori/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia