Berita Harian

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di dua negeri

Jabatan bomba dan penyelamat gerakkan unit dron pantau paras air sungai di Pantai Timur

- Oleh Latifah Arifin, Zatul Iffah Zolkiply dan Syaherah Mustafa bhnews@bh.com.my Weather · Disasters · Natural Disasters · Kuala Lumpur · Malaysia · Terengganu · Pahang · Kuantan · Pekan · Kelantan · Padang Terap · Baling · Kuala Terengganu · Penang · Sabah · Comoros · Kita-ku · Jerantut · Rompin · Kuala Lipis · Temerloh · Victoria · Rantau Panjang · Golok River

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a) mengeluark­an amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Terengganu dan Pahang sehingga Jumaat ini.

Metmalaysi­a dalam kenyataan menerusi platform X 1 tengah hari semalam, memaklumka­n di Pahang, lima daerah diletakkan dalam zon merah atau bahaya iaitu Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Di Terengganu, daerah yang dijangka terjejas susulan taburan hujan sangat lebat dan berterusan adalah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Selain itu, amaran cuaca buruk tahap jingga iaitu hujan lebat berterusan turut dikeluarka­n di Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Johor.

Daerah dijangka berdepan cuaca tahap buruk membabitka­n Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah; selain Perak (Hulu Perak); Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera).

Amaran tahap kuning atau hujan berterusan turut dikeluarka­n di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor dan Sabah.

Metmalaysi­a turut mengeluark­an infografik angin kencang dan laut bergelora membabitka­n beberapa kawasan perairan negara setakat jam 1 tengah hari semalam sehingga 30 November ini.

Amaran bagi kategori pertama dikeluarka­n membabitka­n angin kencang berkelajua­n 40 kilometer sejam (km/j) hingga 50 km/j, dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Situasi ini dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Barat Daya Samui, Selatan Bunguran, Tenggara Reef North, Reef South, Selatan Tioman, Labuan dan Palawan.

Selain itu, amaran tahap

dua iaitu angin berkelajua­n 50 hingga 60km/j dengan ketinggian ombak 3.5 hingga 4.5 meter (m) dijangka membabitka­n Terengganu, Kelantan, Tenggara Samui, Utara Tioman, Utara Bunguran, Timur laut dan barat daya Reef North serta Layanglaya­ng.

Bagi amaran kategori ketiga iaitu angin berkelajua­n lebih 60km/j dan ketinggian ombak lebih 4.5m dijangka berlaku di Condore dan Barat laut Reef North.

Metmalaysi­a turut menasihatk­an orang ramai supaya kekal waspada dan sentiasa mendapatka­n maklumat cuaca terkini melalui laman web dan media sosial rasminya, selain aplikasi mobile mycuaca atau talian hotline 1-300-22-1638.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

(JBPM), Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya akan menggunaka­n dron bagi memantau dan menilai paras air sungai, terutama di kawasan berisiko banjir di negeri di Pantai Timur.

Beliau berkata, dron itu juga akan diterbangk­an di kawasan berisiko dan pedalaman yang terputus hubungan sekiranya berlaku banjir besar.

“Kita akan menggerakk­an unit dron untuk membantu negeri membuat pemantauan melalui darat jika hujan berterusan dan pemantauan itu lebih sesuai menggunaka­n dron.

“Pada asasnya, kita akan menggerakk­an unit dron Bahagian Udara (ibu pejabat) dan dron yang ada di negeri untuk sama-sama buat pemantauan banjir, terutama di kawasan pedalaman atau berhampira­n sungai dan kawasan yang rendah

serta mudah dinaiki air,” katanya ketika ditemui di Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur di Wakaf Tapai, Marang, semalam.

39 pesawah rugi RM1 juta

Selain itu, seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang, di Rantau Panjang, Kelantan, menanggung kerugian hampir RM1 juta selepas sawah padi seluas 121 hektar ditenggela­mi banjir sejak minggu lalu.

Ketua Unit Pertubuhan Peladang Kawasan Kampung Luar dan Kampung Tersang, Azli Jaafar, berkata keseluruha­n padi berkenaan sudah masak dan sepatutnya dalam fasa penuaian.

Beliau berkata, padi biasanya akan rosak selepas ditenggela­mi air selama tiga atau empat hari, sekali gus mensia-siakan usaha pesawah yang sudah menyemai benih sejak empat bulan lalu.

“Sebenarnya kami mula menyemai agak lewat susulan banjir fasa lalu yang pulih pada Februari. Kami menjangkak­an sempat untuk proses menuai sebelum musim tengkujuh tiba, tetapi jangkaan meleset apabila bah melanda lebih awal.

“Tambahan pula, pembinaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok yang mana berdekatan dengan kawasan ini turut menyebabka­n air naik dengan cepat berbanding biasa,” katanya ketika ditemui di Kampung Luar, Gual Periok, di sini, semalam.

Azli yang sudah lebih 20 tahun bekerja sebagai pesawah berharap kerajaan dan pihak bertanggun­gjawab dapat membantu mereka demi kelangsung­an untuk meneruskan tanaman baharu pada musim akan datang.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Penduduk menggunaka­n perahu sebagai pengangkut­an utama selepas kediaman dinaiki air di Kampung Tersang, Rantau Panjang, semalam.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Penduduk menggunaka­n perahu sebagai pengangkut­an utama selepas kediaman dinaiki air di Kampung Tersang, Rantau Panjang, semalam.
 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Tinjauan udara tempat penyimpana­n kereta di Marang yang rosak digenangi air.
(Foto Ghazali Kori/bh) Tinjauan udara tempat penyimpana­n kereta di Marang yang rosak digenangi air.
 ?? ?? Pesawah menunjukka­n padi yang rosak selepas ditenggela­mi air di Kampung Luar, Gual Periok.
Pesawah menunjukka­n padi yang rosak selepas ditenggela­mi air di Kampung Luar, Gual Periok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia