Berita Harian

12,852 tan sisa bah dibersih di 7 negeri

Operasi dilaksana Swcorp babitkan 362 pekerja, 153 jentera

- Oleh Zuliaty Zulkiffli bhnews@bh.com.my Disasters · Kelantan · Pahang · Tumpat

Alor Setar: Sebanyak 12,852.18 tan sisa banjir di tujuh negeri dibersihka­n oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (Swcorp) sejak 28 November hingga 11 Disember lalu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata jumlah itu membabitka­n 45 tempat, iaitu 22 kawasan perkhidmat­an dan 23 kawasan yang luar dari kawasan perkhidmat­an yang terjejas akibat banjir.

Beliau berkata, sebanyak 153 unit jentera turut digunakan dengan membabitka­n bantuan pekerja seramai 362 orang.

“Operasi pembersiha­n untuk tujuh negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam 2007 akan dikuatkuas­akan melalui SW Corp dan bersama rakan-rakan konsesi.

“Kedah dan Pahang negeri yang terkesan buat masa ini. Walaupun Kelantan tidak termasuk dalam senarai asal, kami tetap membantu di Tumpat,” katanya selepas meninjau pembersiha­n dan dan pengurusan pasca banjir di Taman Aman, di sini, semalam.

Bersih sampah pukal

Sementara itu Aiman Athirah berkata, di Kedah saja sebanyak 730 tan sisa banjir dibersihka­n dan dihantar ke tapak pelupusan Jabi, Pokok Sena dalam operasi sejak 30 November lalu.

“Banjir yang melanda pada 26 November lalu menyebabka­n pengumpula­n lumpur dan longgokan sampah pukal di kawasan kediaman.

“Swcorp Kedah sudah pun mengambil tindakan segera dengan menggerakk­an jentera pembersiha­n syarikat konsesi dengan membersihk­an longkang dan sampah pukal serta dibantu pelbagai pihak,” katanya.

 ?? (Foto Zuliaty Zulkiffli/bh) ?? Aiman Athirah melakukan tinjauan di lokasi pembersiha­n sisa banjir di Taman Aman, Alor Setar, semalam.
(Foto Zuliaty Zulkiffli/bh) Aiman Athirah melakukan tinjauan di lokasi pembersiha­n sisa banjir di Taman Aman, Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia