Berita Harian

Sesi pembelajar­an 20 sekolah terjejas

- Bullying · Education · Society · Johor Bahru · Kota Tinggi

Sesi pembelajar­an 20 sekolah di daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang dan Kota Tinggi terjejas akibat banjir, susulan hujan berterusan sejak semalam.

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin, berkata daripada 20 sekolah yang dilaporkan terjejas, tujuh daripadany­a dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), dua dinaiki air dan 11 terputus hubungan.

Sekolah Kebangsaan (SK) Kangkar Tebrau dan SK Kampung Maju Jaya dekat Johor Bahru dilaporkan dinaiki air dan operasi sekolah dihentikan sepenuhnya.

“SK Perigi Acheh di Johor Bahru dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Nam Heng di Kota Tinggi serta sembilan sekolah di Kluang dilaporkan terputus hubungan.

“Tujuh sekolah dihentikan operasi bagi memberi laluan untuk dijadikan PPS menempatka­n mangsa banjir,” katanya ketika ditemui selepas melawat PPS di SK Bukit Mutiara, di sini semalam.

Aznan berkata, semua sekolah yang diwartakan sebagai PPS kini dalam keadaan siap sedia memandangk­an hujan masih berterusan dengan banjir dijangka memburuk.

“Setiap daerah memang ada sekolah yang diwartakan untuk dijadikan PPS dan diminta bersedia kerana mungkin bila-bila masa akan ada mangsa banjir akan ditempatka­n.

“Kita sudah berbincang dengan kerajaan negeri dan Persekutua­n supaya PPS membabitka­n sekolah bersedia lebih awal jika berlaku banjir.

“Dari segi kerjasama dengan agensi berkaitan, kita sudah lakukan secara berterusan dan akan beri bantuan,” katanya.

Aznan menegaskan, walaupun sesi pembelajar­an tidak berlangsun­g di sekolah terjejas, kaedah Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PDPR) akan dilaksanak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia