Berita Harian

Bantuan RM3,000 ringankan beban mangsa banjir

- Kulai: Disasters

Mangsa banjir bersyukur mula menerima bantuan RM3,000 bagi meringanka­n beban akibat banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini.

Seramai 3,749 Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) menerima Bantuan Khas Kewangan Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) bermula jam 8 pagi semalam membabitka­n enam daerah.

Penerima bantuan yang juga ibu tunggal, Mailah Bakar, 59, hampir keseluruha­n barangan dalam rumahnya musnah dan rosak dalam kejadian banjir kali ini.

Beliau bersyukur dengan bantuan yang dihulurkan dapat meringanka­n sedikit bebannya, terutama menjelang Aidilfitri.

“Alhamdulil­lah syukur, jika dibandingk­an dengan kerosakan akibat banjir yang kami alami memang lebih besar. Tetapi ini semua ujian, kita tidak minta kejadian ini dan kerajaan juga tidak minta banjir berlaku.

“Sekurang-kurangnya bantuan ini dapat kami gunakan untuk membeli kelengkapa­n penting untuk kegunaan harian, termasuk kelengkapa­n seorang anak saya adalah orang kurang upaya (OKU) akibat kemalangan.

“Hari raya kali ini sekadar apa adanya sahaja, bantuan seperti beras dan makanan asas juga kami terima sebelum ini,” katanya ketika ditemui di pusat agihan bantuan khas MTL di Dewan Pejabat Daerah Kulai di sini, semalam.

Penyelia Kilang, Mohammad Sabran, 41, dari Kampung Sengkang, juga melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas keprihatin­an kerajaan negeri.

Katanya, sumbangan ini akan digunakan sebaiknya untuk empat anaknya yang turut terkesan dengan bencana itu.

“Mungkin orang luar lihat RM3,000 jumlah yang sedikit, tetapi bagi kami yang hampir semua barangan musnah akibat banjir, jumlah ini sangat bermakna.

“Syukur bantuan diserahkan kepada kami sebelum hari raya. Sekurang-kurangnya boleh kami membuat sedikit persiapan pada pagi raya nanti,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Mohd Jafni Md Shukor, berkata 575 mangsa banjir menerima bantuan khas ini di daerah Kulai dengan nilai peruntukka­n RM1.725 juta.

Kelmarin, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dilaporkan berkata, 3,749 KIR yang terjejas akibat banjir di negeri itu akan menerima bantuan khas RM3,000 daripada kerajaan negeri

Katanya, bantuan RM11.24 juta itu akan diagihkan serentak di enam daerah terjejas bagi meringanka­n beban mangsa yang kehilangan tempat tinggal dan kerosakan harta benda.

 ?? (Foto Omar Ahmad/bh) ?? Mohd Jafni menyerahka­n bantuan khas kepada mangsa banjir di Dewan Pejabat Daerah Kulai.
(Foto Omar Ahmad/bh) Mohd Jafni menyerahka­n bantuan khas kepada mangsa banjir di Dewan Pejabat Daerah Kulai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia