Berita Harian

Mangsa banjir di empat negeri meningkat

- Disasters · Badminton · Sports · Kuala Lumpur · Sabah · Malaysia · Terengganu · Pahang · Temerloh · Sarawak · Pitas · Kota Marudu · Chukai · Raub · Rompin · Kuantan

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri meningkat kepada lebih 1,800 orang setakat 5.30 petang semalam.

Menurut laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat, di Sabah, sebanyak lapan PPS dibuka di tiga daerah terbabit dengan 1,695 dari 441 keluarga.

Jumlah itu meningkat berbanding 862 mangsa pagi semalam yang terjejas di Pitas, Paitan dan Kota Marudu.

Angkatan Pertahanan Awam

Malaysia mengatakan sebanyak 16 jalan terjejas dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan, manakala Pejabat Pendidikan Daerah Pitas mengesahka­n dua sekolah yang terkesan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nibang dan SK Pandai Mandamai.

Di Terengganu ada 71 mangsa banjir dari 21 keluarga ditempatka­n di dua PPS di Chukai dan Paka.

Sementara itu, di Pahang 32 mangsa banjir di Raub membabitka­n 13 keluarga kekal ditempatka­n di PPS SK Ulu Sungai pagi semalam.

Portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran merekodkan empat sungai melebihi tahap waspada iaitu Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub; Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong Rompin; Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh dan Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan

Setakat 6 petang semalam, 51 mangsa banjir dari 16 keluarga masih ditempatka­n di satu PPS, manakala di Sarawak terdapat 37 mangsa banjir di satu PPS.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Kenderaan penduduk ditenggela­mi banjir susulan hujan lebat daerah Kota Marudu.
(Foto BERNAMA) Kenderaan penduduk ditenggela­mi banjir susulan hujan lebat daerah Kota Marudu.
 ?? (Foto ihsan APM) ?? Anggota Pertahanan Awam dalam operasi banjir di Kampung Ulu Sungai, Raub.
(Foto ihsan APM) Anggota Pertahanan Awam dalam operasi banjir di Kampung Ulu Sungai, Raub.
 ?? (Foto ihsan JPBD Pitas) ?? Anggota APM membantu memindahka­n penduduk terjejas banjir di Pitas.
(Foto ihsan JPBD Pitas) Anggota APM membantu memindahka­n penduduk terjejas banjir di Pitas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia