Berita Harian

Persiapan raya musnah ditenggela­mi banjir

Penduduk tak sempat selamatkan barangan, air naik mendadak

- Oleh Mohamed Farid Noh dan Izz Laily Hussein bhnews@bh.com.my Disasters · Johor Bahru · Sabah · Skudai · Sandakan

Iskandar Puteri: Persiapan Aidilfitri sebuah keluarga di Kampung Skudai Kecil, di sini musnah apabila kediaman mereka tenggelam sepenuhnya, petang kelmarin.

Alfian Marjuni, 55, berkata rumahnya ditenggela­mi banjir hingga bumbung menyebabka­n semua perabot, pakaian, peralatan elektrik termasuk persiapan Aidilfitri yang disediakan sejak awal Ramadan musnah.

Beliau berkata, banjir yang menenggela­mkan rumahnya itu adalah kali kedua selepas 19 tahun lalu ketika banjir besar 2006.

Katanya, dalam kejadian terbaharu, dia sedang menyediaka­n juadah berbuka puasa sebelum menyedari air mula masuk menerusi pintu dapur.

“Saya baru mula memasak juadah berbuka jam 4.40 petang sebelum menyedari air mula memasuki kediaman. Saya terus beritahu suami sebelum kami segera menaikkan barangan elektrik, makanan, pakaian dan dokumen penting ke bahagian tinggi.

“Bagaimanap­un air banjir terlalu deras kerana tak sampai setengah jam sudah hampir ke paras dada menyebabka­n banyak barangan tak sempat diselamatk­an. Kami akhirnya mengambil keputusan menyelamat­kan diri.

“Sayu melihat kediaman kami ditenggela­mi air banjir sehingga hampir paras bumbung semalam (kelmarin). Hari ini (semalam) jiran maklumkan rumah kami sudah tenggelam sepenuhnya,”

katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Skudai, di sini semalam.

Yang hadir sama, Setiausaha Eksekutif Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, Datuk Abd Rashid Kasman.

Banjir terburuk

Sementara itu, suri rumah Erniza Erwan, 41, turut sebak apabila rumahnya ditenggela­mi banjir sepenuhnya.

Katanya, rumahnya ditenggela­mi banjir kali ketiga selepas banjir besar 2006 dan 2020, yang menyebabka­n pelbagai barangan musnah.

“Ini kali kedua insiden banjir berlaku pada Ramadan kerana pada bencana 2020, rumah kami tenggelam masa bulan puasa juga. Saya dan suami baru merancang beli baju raya untuk empat orang anak minggu depan. Tapi sekarang kami perlu gunakan wang yang dikumpul untuk bersihkan rumah dan beli perabot serta peralatan elektrik yang rosak akibat banjir,” katanya.

Penduduk Kampung Pasir Tebrau, di sini, Hairul Azim Jasmin, 21, menyifatka­n banjir kali ini yang terburuk dan menyebabka­n semua persiapan untuk menyambut Aidilfitri, termasuk pakaian, langsir serta televisyen baharu tidak dapat diselamatk­an.

Sementara itu, di Sabah, Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan menyatakan empat PPS dibuka pada pagi semalam susulan banjir yang melanda Sandakan dan Beluran.

Di Sandakan, dua PPS dibuka di Masjid Nur Iman dan Masjid Nur Hidayah manakala di Beluran pula, PPS dibuka di Dewan Kampung Sungai Nangka dan Dewan Kampung Balaban.

 ?? (Foto Facebook Bomba Johor) ?? Pasukan bomba membantu penduduk berpindah susulan banjir yang semakin memburuk di Kampung Sentosa Damai, Pasir Gudang pagi semalam.
(Foto Facebook Bomba Johor) Pasukan bomba membantu penduduk berpindah susulan banjir yang semakin memburuk di Kampung Sentosa Damai, Pasir Gudang pagi semalam.
 ?? (Foto Mohamed Farid NOH/BH) ?? Alfian dan anaknya, Nor Amelia Sarman mengemas pakaian yang sempat dibawa di PPS Dewan MBIP Skudai, Johor Bahru, semalam.
(Foto Mohamed Farid NOH/BH) Alfian dan anaknya, Nor Amelia Sarman mengemas pakaian yang sempat dibawa di PPS Dewan MBIP Skudai, Johor Bahru, semalam.
 ?? (Foto Muhammad Najmi Nor’azam/bh) ?? Penduduk meredah air banjir di Kampung Mohd Amin, Johor Bahru, semalam.
(Foto Muhammad Najmi Nor’azam/bh) Penduduk meredah air banjir di Kampung Mohd Amin, Johor Bahru, semalam.
 ?? (Foto ihsan APM) ?? Antara kawasan terjejas banjir di Sandakan.
(Foto ihsan APM) Antara kawasan terjejas banjir di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia