Berita Harian

Bina pintu kunci air atasi bah di Selangor

- Water Security · Disasters · Social Issues · Society · Shah Alam · Kita-ku · Padang

Shah Alam: Pintu kunci air akan dibina di beberapa lokasi yang sering dinaiki air sebagai langkah segera mengatasi masalah banjir di Selangor.

EXCO Infrastruk­tur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir Izham Hashim, berkata antara lokasi yang dikenal pasti memerlukan pintu kunci air adalah Kampung Baru Hicom, Shah Alam; Padang Jawa, Klang serta Kampung Tengah dan Kampung Seri Aman di Puchong.

Beliau berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah diminta untuk meneliti beberapa lagi kawasan lain, sekali gus mengelakka­n banjir berulang.

“Kita dapati ada pihak berkuasa tempatan (PBT) tiada pintu kunci air, hanya JPS yang ada (pintu kunci air).

“JPS (akan) pam air keluar dan satu lagi (PBT) menolak air. Maka, kerja mengepam air jadi sia-sia.

“Justeru, langkah segera kita bina pintu kunci air. Kita akan mohon peruntukan negeri supaya kerja ini dapat dijalankan secepat mungkin,” katanya, semalam.

90 projek tebatan banjir

Izham berkata, ketika ini lebih 90 projek tebatan banjir membabitka­n peruntukan hampir RM4 bilion sedang dijalankan dan memerlukan masa beberapa tahun bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.

“Tempoh diperlukan seawal proses pembinaan seperti reka bentuk, selain beberapa aspek

lain, namun memberi jaminan masalah tidak lagi berlaku sekiranya projek siap.

Kita akan mohon peruntukan negeri supaya kerja ini dapat dijalankan secepat mungkin

Izham Hashim,

EXCO Infrastruk­tur dan Pertanian Selangor

“Seperti di Taman Mutiara, Klang, kita terima aduan dan kolam takungan (di kawasan itu) hampir siap dan sudah berfungsi,” katanya.

Hujan lebat berterusan pada awal pagi Jumaat lalu menyebabka­n lebih 1,000 penduduk sekitar Petaling dan Klang terjejas banjir dengan lebih 200 keluarga dilapor berpindah ke enam pusat pemindahan sementara (PPS).

Antara lokasi dinaiki air ialah Taman Sri Muda, Padang Jawa dan Meru, Klang.

 ?? (Foto hiasan) ?? Padang Jawa, Shah Alam antara lokasi berisiko dilanda banjir di Selangor.
(Foto hiasan) Padang Jawa, Shah Alam antara lokasi berisiko dilanda banjir di Selangor.
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia