Berita Harian

Hanya 2 PPS di Dungun masih dibuka

Paras air di kebanyakan sungai utama mula menurun

- Oleh Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@bh.com.my Disasters · Extreme Sports · Sports · Terengganu · Pahang · Sabah · Kota Tinggi · Kuantan · Kuala Krai · Canoeing · Canoeing and Kayaking · Kelantan

Banjir gelombang keempat yang bermula 23 Januari lalu menyaksika­n daerah Dungun masih terjejas.

Setakat jam 4 petang semalam, seramai 473 mangsa daripada 157 keluarga berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan.

Berdasarka­n laporan Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, mangsa berlindung di Dewan Serbaguna Kampung Shukor dan Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.

Di Dewan Serbaguna Kampung Shukor, 226 mangsa daripada 61 keluarga berlindung di PPS berkenaan, manakala 247 mangsa daripada 96 keluarga berteduh di 96 PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.

Sementara itu, laman web rasmi Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukka­n hanya satu sungai catat bacaan melepasi paras amaran.

Sungai Terengganu di Jambatan

Kuala Berang, Hulu Terengganu kini melepasi paras amaran dengan bacaan 11.05 meter (m) berbanding paras normal 4.5m.

Secara keseluruha­n, paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu menunjukka­n trend penurunan walaupun ia masih melepasi paras normal.

Keadaan banjir di Pahang BERNAMA

Sementara itu melaporkan PPS terakhir di Pahang yang menempatka­n 22 orang daripada

lima keluarga di Rompin.

Sementara itu, tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati paras air beberapa sungai di Johor, Kedah, Pahang, Perlis, Sabah dan Terengganu berada pada tahap bahaya.

Sungai terbabit ialah Sungai Johor di Kota Tinggi, Sungai Kedah di Kota Setar (Kedah), Sungai Pahang di Bera serta Cameron Highlands dan Sungai Rompin, Rompin di Pahang, Sungai Arau (Perlis), Sungai Kinabatang­an

(Sabah), dan Sungai Terengganu di Hulu Terengganu (Terengganu).

Sementara itu, Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut memaklumka­n bahawa 18 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak serta jalan dan cerun runtuh antaranya Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Jalan Sungai Lembing di Kuantan, Pahang dan Jalan Sungai Sok-chucuh Puteri di Kuala Krai, Kelantan.

 ?? (Foto Zatul Iffah Zolkiply/bh) ?? Sukarelawa­n membantu membersihk­an kediaman penduduk di Kampung Shukor.
(Foto Zatul Iffah Zolkiply/bh) Sukarelawa­n membantu membersihk­an kediaman penduduk di Kampung Shukor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia