Harian Metro

Kekuatan luar biasa rakyat

PM hargai inisiatif sektor swasta, korporat bantu ringan beban mangsa banjir

- Kuala Lumpur Business · Politics · Anwar Ibrahim · Petronas Gas · Dewan Negara · Putrajaya

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirka­n penghargaa­n kepada sektor swasta dan korporat atas sumbangan mereka dalam membantu meringanka­n beban mangsa banjir di beberapa negeri ketika ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan berkenaan di samping dilakukan kerajaan Persekutua­n, kerajaan negeri, pihak berkuasa dan jentera kerajaan itu menunjukka­n kekuatan luar biasa rakyat untuk bersama-sama membantu menyelesai­kan masalah dihadapi.

“Kerajaan menerima baik keprihatin­an sektor korporat dalam membantu mangsa banjir. Setakat Oktober lalu, GLC (syarikat berkaitan kerajaan) seperti PNB (Permodalan Nasional Berhad), Petronas, Yayasan Hasanah dan Pharmaniag­a menyalurka­n bantuan bernilai lebih RM10 juta.

“Insya-Allah, saya akan menerima sumbangan bantuan banjir daripada syarikat swasta terkemuka dengan jumlah terkumpul lebih RM35 juta, jadi di Dewan yang mulia ini, bagi pihak Dewan (Negara) saya ucapkan penghargaa­n kepada semua,” katanya ketika membentang­kan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara, di sini, semalam.

Selasa lalu, Perdana Menteri dalam ucapannya pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, menggesa sektor swasta untuk turut sama menghulurk­an bantuan bagi meringanka­n beban mangsa banjir, sama ada dari segi sumbangan dana atau menghantar jentera bantuan ke kawasan terjejas.

“Kita syukur apabila kita buat seruan kepada sektor korporat ini untuk turut membantu. Selama ini memang ada Khazanah, bank-bank selain GLC PNB, Petronas, Yayasan Hasanah dan Pharmaniag­a, (tapi) ini sebaik kita umum hasrat, dalam dua hari (berjaya) dapat RM35 juta tanpa apa-apa kempen tambahan.

“Ini pentingnya kalau kita urus tatakelola dengan baik, tidak punggah kekayaan untuk diri sendiri, peribadi dan untuk kayakan keluarga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia