Harian Metro

99 peratus sudah siap

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my Puchong Disasters · SMART · Malaysia · Ahmad Maslan · Singapore · JPMorgan Chase · United Nations

Projek pembinaan tapak simulasi bagi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Markas SMART, Pulau Meranti di sini dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2025.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor dengan tarikh pemilikan tapak pada 27 Oktober 2021, kini siap 99 peratus.

“Apabila siap nanti, pusat ini bakal menjadi pusat simulasi bencana pertama di Malaysia dan yang kedua di rantau Asean selepas Singapura.

“Pusat latihan simulasi bencana ini yang membabitka­n kos lebih RM30 juta bertujuan melatih dan memantapka­n kepakaran pegawai dan anggota SMART.

“Selain itu, pusat ini membuat simulasi bencana supaya Malaysia sentiasa dalam keadaan bersedia sewaktu berhadapan dengan pelbagai situasi bencana dan kecemasan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau status kemajuan projek berkenaan di Markas SMART Pulau Meranti di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah JKR Selangor, Shukri Ishak dan Komander SMART Penguasa Kanan Bomba Mohd Khairul Jamil.

Ahmad berkata, projek itu adalah milik Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia (Nadma) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Pusat simulasi ini akan memiliki keupayaan membuat simulasi pelbagai senario bencana yang akan menjadi asas kepada latihan yang komprehens­if dan berdasarka­n situasi sebenar bencana.

“Fasiliti dan teknologi yang akan melengkapk­an pusat ini dijangka akan menyokong semua keperluan bagi memudahkan pasukan SMART mengekalka­n pengiktira­fan INSARAG (Internatio­nal Search and Rescue Advisory Group).

“INSARAG adalah satu badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (UN) yang mengkoordi­nasikan rangkaian penyelamat antarabang­sa berkenaan operasi bencana rentas sempadan,” katanya.

Beliau berkata, terdapat beberapa modul latihan simulasi yang disediakan dalam projek itu termasuk modul kereta kabel (modul menyelamat kemalangan kereta kabel) dan modul hazmat (modul menyelamat di kawasan yang terdapat bahan-bahan berbahaya).

“Selain itu, terdapat juga modul menyelamat kemalangan kereta api bawah tanah, modul menyelamat bangunan runtuhan penuh, modul menyelamat bangunan runtuhan pelbagai, modul menyelamat bangunan separa runtuh serta modul menyelamat bangunan condong dan menara ‘abseiling’.

“Kami berharap momentum kerja yang sudah dicapai dikekalkan atau dipertingk­atkan supaya projek ini dapat disiapkan tepat atau lebih awal dari jadual ditetapkan selain kekal menjamin mutu, kos dan rekod keselamata­n di tapak pembinaan,” katanya.

 ?? ?? TAPAK simulasi bagi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Markas SMART, Pulau Meranti dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2025.
TAPAK simulasi bagi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Markas SMART, Pulau Meranti dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2025.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia