Berita Harian

20 penduduk Orang Asli gotong-royong baiki jalan

- people

Jalan masuk ke Kampung Pasik, Pos Pasik yang rosak teruk berikutan hujan sejak lebih seminggu lalu memaksa penduduk mengambil inisiatif membaikiny­a.

Penduduk, Mohd Sani Nahtiman, berkata dia bersama 19 lagi penduduk terpaksa membaiki jalan berkenaan kerana penduduk sukar melaluinya.

Katanya, jalan menuju ke penempatan mereka sehingga kini masih menggunaka­n jalan tanah merah dan sering rosak teruk.

“Apabila cuaca hujan berterusan, keadaan semakin teruk sehingga menyukarka­n penduduk keluar dari perkampung­an kami.

“Jadi, semalam (kelmarin) kami mengambil inisiatif untuk membaiki jalan ini bagi membolehka­n kami keluar dari perkampung­an untuk membeli barangan keperluan atau melakukan pelbagai urusan lain di Bandar Gua Musang.

“Dengan menggunaka­n kenderaan penduduk kami memunggah batu sungai untuk diletakkan di kawasan yang rosak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Sani berkata, dia berharap jalan yang rosak dapat diselengga­ra secepat mungkin untuk kemudahan dan keselamata­n penduduk keluar masuk ke perkampung­an Orang Asli itu.

Katanya, pelbagai kesukaran terpaksa ditempuh penduduk di Pos Pasik terutama apabila tiba musim hujan kerana adakala penduduk terpaksa mengambil masa sehingga lapan jam dengan jarak 40 kilometer untuk ke jalan utama.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, berkata pihaknya sedia maklum dengan masalah penduduk di Pos Pasik dan akan cuba membantu bagi mengetenga­hkan masalah penduduk kepada agensi kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia