Harian Metro

264 menara telekomuni­kasi terjejas banjir dibaik pulih

- Royal Canadian Air Force

Sebanyak 264 menara telekomuni­kasi yang terjejas akibat banjir lalu di Kelantan sudah dibaik pulih termasuk 41 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) yang mampu beroperasi sepenuhnya.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, banjir besar yang melanda Kelantan baru-baru ini menyebabka­n semua menara telekomuni­kasi mengalami kerosakan sehingga menjejaska­n liputan sehingga dua minggu.

“Jumlah ini agak besar dan lebih dari apa yang dijangka kerana membabitka­n banyak menara (telekomuni­kasi) yang terkesan.

“Semua sudah dinaik taraf dan ia memang menelan belanja besar tapi saya belum diberikan taklimat mengenai jumlah keseluruha­n,” katanya selepas membuat lawatan ke menara telekomuni­kasi di Menara ARC Kampung Jubakar Pantai di sini, semalam.

Fahmi berkata, menara telekomuni­kasi di Kampung Jubakar Pantai yang memberi liputan kepada kira-kira 3,000 pengguna adalah antara yang turut terkesan dan kerja baik pulih sudah dibuat, namun dijangka akan beroperasi sepenuhnya menjelang 28 Januari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia