Berita Harian

Bah terburuk di Alor Gajah sejak 10 tahun

Negeri Sembilan, Labuan turut dilanda banjir menyebabka­n penduduk terpaksa dipindah

- Disasters · Palestinian Authority · Saudi Arabia · Malaysia · China · Port Dickson · Miri · Alor Gajah · Dewan · Rantau Panjang · Rembau · Labuan · Panchor

Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah yang disifatkan terburuk sejak 10 tahun lalu meningkat kepada 419 orang sehingga petang semalam.

Mereka terdiri daripada 123 keluarga yang dipindahka­n ke tujuh pusat penempatan sementara (PPS) di daerah berkenaan.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, Lt

Kol (PA) Kamarulsya­h Muslim, berkata sebuah PPS di Pejabat Jawatankua- sa Pembanguna­n dan Penyelaras­an Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau turut dibuka pada 11 pagi semalam, menjadikan keseluruha­n tujuh PPS beroperasi di daerah itu.

“PPS Balai Raya Paya Lebar menempatka­n 61 mangsa daripada 13 keluarga, PPS Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Masjid Tanah (dua mangsa daripada satu keluarga), PPS Balai Raya Ayer Paabas (13 mangsa daripada lapan keluarga).

“Selain itu, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jernih (15 mangsa daripada tiga keluarga), PPS Dewan Masjid Ar-rasyidin Seri Bayu 2 (163 mangsa daripada 59 keluarga), PPS Japerun Kuala Linggi (128 mangsa daripada 30 keluarga) dan PPS Japerun Ayer Limau (37 mangsa daripada sembilan keluarga),” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, 21 kawasan di daerah itu terjejas akibat bencana termasuk di Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung, Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih, Kampung Lekok, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Brisu.

Selain itu, Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3, Taman Seri Aman, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Solok Ayer Limau, Kampung Seri Jeram, Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai dan Panchor lapor BERNAMA.

Banjir kilat

Di Port Dickson, hujan lebat kelmarin menyebabka­n beberapa lokasi sekitar daerah ini dinaiki air banjir kilat dan beberapa PPS dibuka.

Seramai 75 mangsa daripada 23 keluarga dipindahka­n ke lima PPS setakat 10 pagi semalam susulan banjir kilat di daerah itu dan Rembau yang bermula kira-kira 8 malam kelmarin.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam,

berkata tiga kawasan terjejas di Port Dickson membabitka­n Kampung Sawah Sunggala, Kampung Si Rusa Dalam dan Kampung Linggi.

Di Rembau, dua kawasan ter

kesan, iaitu Kampung Lubuk China dan Kampung Nerambai yang berada dalam DUN Kota.

“Semua mangsa masih ditempatka­n di PPS. Kerja mengemas rumah dilakukan sebaik paras air surut,” katanya kepada BERNAMA.

Beliau berkata, berikutan keadaan cuaca yang baik, PPS berkenaan dijangka ditutup hari ini, namun pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dan bersiap siaga, lapor BERNAMA.

Di Labuan, seramai lapan mangsa daripada dua keluarga dipindahka­n ke PPS ) susulan banjir disebabkan hujan lebat berterusan sejak malam kelmarin.

Antara Kampung yang terjejas banjir iaitu Kampung Gersik, Kampung Buton dan Kampung Sungai Miri.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan menerusi kenyataan media memaklumka­n penduduk kampung yang terjejas mengalami kerosakan harta benda selepas ditenggela­mi air.

“Susulan kejadian itu, PPS Dewan Balai Bomba Rancha-rancha dibuka bagi penempatan mangsa banjir.

“Ketika ini, dua Keluarga Isi Rumah (KIR) membabitka­n lapan mangsa di Kampung Gersik dipindahka­n di PPS Rancha-rancha,” katanya.

Selain itu, katanya terdapat juga kejadian tanah runtuh dan menimpa struktur rumah kediaman penduduk terbabit.

 ?? (Foto ihsan FB Ab Rauf Yusoh) ?? Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh melawat mangsa banjir sekitar Masjid Tanah, semalam.
(Foto ihsan FB Ab Rauf Yusoh) Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh melawat mangsa banjir sekitar Masjid Tanah, semalam.
 ?? (Foto ihsan Jabatan Penerangan WP Labuan) ?? Pasukan bomba memindahka­n mangsa banjir akibat hujan berterusan di Labuan, semalam.
(Foto ihsan Jabatan Penerangan WP Labuan) Pasukan bomba memindahka­n mangsa banjir akibat hujan berterusan di Labuan, semalam.
 ?? (Foto ihsan JBPM Negeri Sembilan) ?? Anggota bomba membawa kanak-kanak mangsa banjir ke pusat pemindahan di Port Dickson, semalam.
(Foto ihsan JBPM Negeri Sembilan) Anggota bomba membawa kanak-kanak mangsa banjir ke pusat pemindahan di Port Dickson, semalam.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Banjir yang melanda Lubok China, Alor Gajah, semalam.
(Foto BERNAMA) Banjir yang melanda Lubok China, Alor Gajah, semalam.
 ?? ?? Kamarulsya­h Muslim
Kamarulsya­h Muslim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia