Berita Harian

Pasar Terapung Pulau Suri, Sri Tanjong ditutup tiga bulan

Henti sementara bagi pastikan keselamata­n berikutan peralihan monsun

- Oleh Siti Rohana Idris bhnews@bh.com.my Business · Disasters · Facebook

Dua pasar terapung di gugusan pulau di sini tidak akan beroperasi hampir tiga bulan berikutan peralihan Monsun Timur Laut (MTL).

Pasar Terapung Pulau Suri sudah ditutup sementara bermula Ahad lalu, manakala di Sri Tanjong pula akan beroperasi kali terakhir pada Sabtu ini.

Pengerusi Pasar Terapung

Pulau Suri, Rusdi Ghani, 41, berkata keputusan itu diambil selepas 40 peniaga di lokasi tarikan pelancong itu bersetuju supaya penutupan dilakukan demi keselamata­n mereka serta pengunjung yang datang ke kawasan terbabit.

“Pasar terapung Pulau Suri ditutup sementara pada 10 November lalu dan semua operasi dihentikan sehingga keadaan cuaca kembali stabil serta selamat.

“Buat masa ini kami tidak dapat memberi tarikh tetap bila pasar akan dibuka semula dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumka­n menerusi laman rasmi sosial media Facebook milik kami,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mendatangk­an bahaya

Penutupan sementara dua pasar terapung itu adalah kebiasaan menjelang hujung tahun kerana lokasinya yang terletak di delta Sungai Kelantan, agak berisiko kepada orang ramai untuk mengemudi sungai.

Pemilik Pasar Terapung Sri Tanjong, Saidi Mamat@ghani, 52, berkata selain hujan lebat, keadaan arus sungai yang deras juga boleh mendatangk­an bahaya kepada orang ramai.

“Biasanya akan ditutup lebih dua bulan sehingga keadaan cuaca betul-betul kembali baik dan untuk Pasar Terapung Sri Tanjong ini, saya akan tutup operasi bermula 23 November ini memandangk­an cuaca sekarang masih tiada tanda banjir.

“Untuk beroperasi semula nanti, mungkin akan mengambil masa agak lama dari tahun-tahun sebelumnya memandangk­an Ramadan tahun depan dijangka pada penghujung Februari.

“Agak singkat masa sekiranya saya buka operasi semula, maka kemungkina­n besarnya adalah selepas Aidilfitri nanti,” katanya.

 ?? (Foto Sharifah Mahsinah Abdullah/bh) ?? Pasar Terapung Pulau Suri ditutup sejak Ahad lalu sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi musim tengkujuh akan datang.
(Foto Sharifah Mahsinah Abdullah/bh) Pasar Terapung Pulau Suri ditutup sejak Ahad lalu sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi musim tengkujuh akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia