Harian Metro

200 hidup kebimbanga­n

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my Kota Bharu people

Lebih 200 penduduk di Kampung Pulau Pisang di sini bimbang dengan hakisan yang menyebabka­n tebing sungai di kampung berkenaan runtuh awal bulan ini.

Mereka mendakwa, hakisan itu pertama kali berlaku di kampung berkenaan iaitu pada awal bulan ini selepas banjir teruk dan sehingga ini hakisan terbabit masih aktif.

Sehingga kini, sepanjang 20 meter tebing yang dibina Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) runtuh termasuk dua jeti yang dibina penduduk kampung turut hanyut.

Penduduk, Hanafi Mamat, 66, berkata kejadian hakisan itu adalah pertama kali berlaku sejak dia tinggal di kampung itu selama 20 tahun.

“Selepas banjir baru-baru ini saya dengar dentuman kuat dan terkejut melihat tebing runtuh akibat hakisan. Sehingga kini hakisan itu masih aktif.

“Situasi itu menyebabka­n penduduk kampung kini hidup dalam keadaan berdebar memikirkan

Kejadian hakisan ini pertama kali berlaku sejak saya tinggal di kampung ini selama 20 tahun Mamat

kemungkina­n hakisan berlaku makin teruk.

“Sebanyak 10 rumah yang tinggal berdekatan tebing sungai berkenaan dan dua rumah sudah dikosongka­n dan berpindah di rumah sewa lain disebabkan masalah hakisan berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini.

Hanafi berkata, sehingga kini setiap kali hujan dia akan bimbang dan sentiasa keluar melihat keadaan hakisan yang dijangka semakin teruk.

“Saya berharap pihak JPS mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekang masalah hakisan berkenaan,” katanya.

Penduduk, Syed Muhammad Syed Jamaluddin, 62, turut berharap tindakan segera diambil bagi mengelak keadaan semakin teruk.

“Saya bimbang hakisan berlaku semakin teruk sehingga membabitka­n jalan di kampung ini kerana apa yang saya lihat, pergerakan masih aktif dan setiap 10 minit ada runtuhan kecil,” katanya.

 ?? ?? TINJAUAN tebing sepanjang 20 meter yang dibina oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) runtuh termasuk dua jeti yang dibina penduduk kampung turut hanyut akibat hakisan selepas banjir teruk. Lebih 200 penduduk di Kampung Pulau Pisang hidup ketakutan apabila tebing sungai di kampung berkenaan runtuh akibat hakisan sejak awal bulan ini. - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
TINJAUAN tebing sepanjang 20 meter yang dibina oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) runtuh termasuk dua jeti yang dibina penduduk kampung turut hanyut akibat hakisan selepas banjir teruk. Lebih 200 penduduk di Kampung Pulau Pisang hidup ketakutan apabila tebing sungai di kampung berkenaan runtuh akibat hakisan sejak awal bulan ini. - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia